Showing posts with label what i do. Show all posts
Showing posts with label what i do. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Ai di Beijing-Day 3(21/3/2012)

Baru hari ke-3?aiyoo..byk lagi nk kena update ni.aiyarkk..Aci dak kalo nk update gambar je tapi xmo cerita panjang?kikikiki

Kita mulakan dgn gmbr ni. pagi yg sungguh best sbb jumpa abg Nuar. ahaks!


Abg Nuar join rombongan Yusof Haslam coz dia nak buat MV lagu dia yang jadi lagu latar filem baru anak Yusof Haslam (bukan Shamsul Yusof ye,yg lagi sorg tu. gua lupa nama.) ingt nk bergmbr sorang2 dgn dia, tapi dia jawab, "abg dah lambat ni..sori ye.." Abang hoccay!! pengsan jap.kikikiki

Dah..dah..meh cerita pasal jalan2 lak. suka nau meroyan pasal retis.kikikiki.ok, day 3. Destinasi pertama is Tiananmen square. Cuaca dah kurang sejuk berbanding hari kedua.tapi still gigil la.Kitorg bernasib baik coz masa kitorg ke Tiananmen Square, idakle ramai sgt manusia. TA cakap coz ada perjumpaan parlimen ke apa ntah. Dia siap ckp, pandai kitorg pilih date nk dtg.sbb selalunya mmg ramai manusia kat sini.

blkg tu muzium.tp aku lupa muzium apa.

hihi.kosong kan dataran ni.

sat je jalan kat sini. amik2 gmbr,trus lintas jalan ke Forbidden City. Time nak masuk kawasan tu,mmg agak ramai la.agak bersesak2.sbb jambatan kecik kot.tapi bila dah masuk tu,bole la jalan2. TA suggest kitorg masuk kot pintu lain. means kami xkan pergi ke main palace sebab ramai sangat org.takut tak cukup masa. kami ikut sahaja.pintu lain pun ok, tengok bilik2 kecil je pun ok.xde masalah.hehe

kitorg xmasuk ke sana.trus ke dpn,masuk pintu lain. @forbidden city
 then,kami lunch n trus  ke masjid. lupa nk snap nama masjid ni. tapi masjid ni sangat cantik interiornya.
kat luar tu ada jual wepang (korg tau kan apa ni?hehe). berlagak xmo beli lagi sbb dh lmbt. ingt jmpa lagi nanti.nan hadoo..sampai ke sudah xbeli.frust!

rupa bentuk semejid tersebut

 lepas ke masjid, pergi "urut tapak kakai" pulak..bersedia utk didiagnos dgn macam2 penyakit ye kawan2. hehe. masuk2 tmpt tu je,gua trus lari cari toilet.yelah,risau karang time dia urut2 kaki,terkucil di situ lak.hihi. masuk2 je,tgk dak2 ni dh merendam kaki plus dgr ceramah kesehatan. oh,yg urut tu muda2 belaka ye. ingt nk request tukang urut perempuan,tapi ada sorg je n dh kena tarik dgn mmbr. so,redha jelah diurut oleh lelaki. then masuk bbrp org lagi. disaspek sensei. oh,betul. senang gile pacik tu diagnos aku.tgk tapak tgn, tgk muka pucat,dia kata aku anemia.oh,gua mmg lama dh tau gua xcukup darah.dia offer nk bg prescription,tapi gua tanak. mampuih kalo kena beli ubat mahai.tapi mmbr sblh lg best. pacik tu tgk tgn dia,pastu pandang muka aku,then sengih.pastu trus tny mmbr, nk berubat x?tanpa bgtau sakit. mmbr blur la.bila aku bgtau yg,actually masalah kitorg tu sama,baru mmbr tolak xmo berubat. ada sorg lg mmbr kena diagnos barah rahim kalo xsilap.kena beli ubat yg mhl gile.last2 mmbr but bodo gak. haha. bkn xmo percaya,tp cara diorg diagnos tu mcm mencurigakan. n ubat mahal gile.xmampu macik oii..

abaikan kehuduhan kaki.haha.mcm rendam dlm uncang teh je.kikikiki

muka masing2 dah bengang sbb jualan ubat mereka tidak berjaya. urut kaki pun,mula2 best,tp bila kitorg deny nk berubat, trus urut ala kdr..tapi kitorg pedulik hapa kan.haha. pastu, trus ke next pittstop--> Summer palace. org ckp tmpt ni sgt ctik time summer.kitorg pergi bkn summer.still cantik,n brrr...sgt sejuk e kwn2.angin sangat kuat. katanya raja dulu2 bina istana di sini utk wife dia utk tgk cahaya bulan, n menyejukkan diri di kala panas summer. tapi tmpt ni mmg cantik sangat..dan aman damai. kat sini bertembung dgn mamat omputih yg ensem gile jln sorg2. nk tepek ke gmbr mamat tu??nnti gua cari.haha

nice view, rite????

lepas tu,kami dibawa ke muslim supermarket.tmpt jual makanan halal.byk jugak jual kuih2 yang mmg kompem hala.bole je nk shopping kat sini utk bwk blk.tp masalah,diorg xpaham apa kita ckp.so nk rasa mknan pun tak boleh. nampak fruit candy ni. mmg teringin nk rasa,tp xberani beli tepi jalan sbb diragui kehalalan. so,beli di muslim supermarket, berjaya gak rasa. sedapppppppp sangattttt!
juga berjaya beli keledek bakar. sangat manissss...puas hatiiiii!!! ^^

serius sedap!

Next,rushing nak tgk akrobatik. amik port baek punye..mmg lyn la tgk akrobatik ni.kagum dgn dak2 ni.mesti training sejak kecil. walaupun dh selalu tgk akrobatik kat tv,tapi dpt tgk depan mata bole buat korang nganga jugakla. nak2 part moto dalam glob tu.bkn takat 1 moto ye kawan2, sampai 4-5 moto. pandai diorg syncronized. plg penting,sorg brader bawak moto itu sangat hensem.lagi hensem dari retis korea uolss..kitorg request nk bergmbr dgn dia,tp dia xbg unless kitorg beli cd performance diorg.apakah??last2,snap dari jauh jelah.

abg yg no 2 dari kiri kita tu la yg ensem.awww...

habis akrobatik,makan dinner,pastu blk hotel.mlm tu,lyn tv jelah walaupun xpaham.kikikiki

Monday, May 14, 2012

Birthday la sangat..

Stop jap entry jalan2 Beijing. nak cerita pasal hari tua gua.hahaha. Tapi sebelum tu...

13 Mei 2012

Saya dapat pass free showcase Jay Park sebab masuk peraduan suka-suka-hati-belasah-jawab-tak-sangka-menang. Ok,seronok.sebab first time nak tgk showcase. Pada sesapa yang tak kenal Jay Park, sila google/wiki ye.ahaks! Saya ni, nak kata kipas-susah-mati Jay Park pun, mmg fail. Saya mula kenal dia bila dia join Immortal Songs 2 (FYI,saya byk minat retis pas diorg join IS 2 ni. sebab time ni la kita boleh tau sape yg betul2 suara sedap,performance superb, etc.). Bila dah kenal, baru saya gigih google info pasal dia. dan baru saya tau dia tu ex-2PM. So,bila dah confirm saya menang pass showcase tu,gigihla saya download full album dia (sebelum ni saya tau dua je lagu dia- Know your name-sebab dengar kat Mubank, & Star-sebab pernah tgk MV nya). Ok,serius saya suka dgr lagu n suara dia. coz he's more to RnB/HipHop Style a.k.a American style. Bila dah dengar full album n saya berpuas hati, terus rasa nk beli full album dia. gigih x?haha

Ok,cerita pasal hari showcase. Tengah hari tu saya balik kampung, attend kenduri sepupu. balik dalam jap 2.30ptg. diorg2 ni plak kata nak gi shopping jap kat GM Mall kat Bukit Tinggi Klang. Saya dah mula risau xsempat nak jumpa kak Bel utk amik pass free tu. dan, ada kemungkinan besar saya akan berkebaya je gi showcase. err.. nasib baiklah kat GM tu ada jual shirt n jeans,so terpaksa perabih duit beli baju n jeans utk gi showcase. Saya sampai agak lambat.dalam jam 6. tgk org dah beratur panjang. terpaksa lak tunggu sorg lg my fren yg belum sampai.huhu. Ingtkan buat di KL Live,xramai manusia,tapi sangkaan meleset. Sangat ramai ok!





Ok,selepas dh berpeluh sakan beratur panjang, akhirnya dpt gak masuk. Serius padat. Kesian pada budak pendek mcam saya ni bila dok diblkg org yang tinggi2.tak nampak jelas.tapi nasib baik gak dapat tgk Jay Park dengan mata kepala saya sendiri. Komen: he's cute, he's a great dancer, he's funny, and he has awesome voice, and also he's a great performer. Pada sesapa yang penah cakap, retis kpop ni pandai miming je, tak semua yg begitu ye. alah,ada gak retis malaysia yg miming jugak,ye dak? (motip tetiba saya sentap?hahahaha)

Maaf,saya tak snap gmbr Jay Park, dan xsempat nak fan cam. sebabnya: tak reti guna kamera pinjam, plus securiti xbagi snap gmbr.huhu. takpe, ok jugak saya tak kalut2 fan cam.dapat fokus 100% kat performance Jay. Biarlah saya fan cam dalam minda je.hihi. Tapi Jay nyanyi lagu sikit je.dah nama pun showcase kan. walaupun sikit, your performance mmg awesome Jay! tak sesia mak join tgk showcase awak! The emcee, Baki Zainal pun awesome wei! menceriakan suasana! macik suko! trus nak jadi fan Baki la pasni.hehe (saya rasa mcm nak rakam memori masa performance Jay tu dalam blog, sebab saya xde fan cam kan. Tapi maybe another entry la ye.takut pjg berjela lak.hihi)

tak dpt snap gmbr Jay Park, tapi dapat snap gmbr dgn Ah Wind (Amusing Race) pun jadiklah.ekekekeke


14 May 2012

Baru nak cerita pasal hari tua saya. haha. Ye, saya dah tua. saya sedar diri. tapi jiwa saya sentiasa muda tau. Hari tua saya,saya amik cuti. Jaga abah kat rumah.(sbnrnya cuti sbb tgk showcase malam tu.haha) baru saya dapat rasa apa yang mak rasa hari2, melayan abah yang dah macam budak kecik, always seek for attention. ye, ada jugak kengkadang tu rasa rimas, rasa nak marah. tapi bila fikir balik apa yang abah dah sacrifice masa dia sihat dulu, saya layankan jelah. *oh,kenapa tiba2 sebak ni?* oh,mak takde aritu. sebab mak gi tgk adik konvo. Congrats Mael sbb dh konvo ye.

Dah tua2 ni sebenarnya bukan heran sgt pasal sambutan ke, kek ke, hadiah ke *tangankedadamatakeatas*. hahaha.tapi terharu gak coz almost 60++ org wish kat fb.tak termasuk yg call and msg tru hp. Thanks all!!!! ^^ tapi ada sorg tu yg xwish.busy kot. hahaha.opss..

Sempena hari lahir saya yang ke-31 ni (oh,mmg kompem dah tua), saya harap saya akan jadi org yg lebih baik dari masa saya umur 30 dulu.. saya pun harap saya cepat dpt jodoh.  sebab kadang2 saya tensen bila org asyik tanya bila saya nak kawin. penat jawab tau. cuba la korg bygkan kalau korang berada di tmpt saya?

tak dapat kek,dapat donut pun jadiklah. Bella n ummi Bella yang banje. Thanks!!! ^^
ada org bagi saya mug ni as birthday prezzie.macik suka sbb ada gmbr k.will. thanks,makdik! ^^


p/s: sebenarnya saya nak share fancam yang nak dicilok drpd youtube (sbb saya xrecord fancam sendiri.hihi), tapi tab saya ni mengong sekejap.xleh nk upload vid from youtube.huhu

Friday, May 11, 2012

Ai di Beijing-Day 2 (20/3/2012)

Bangun pagi. bersiap2 nak memulakan jalan2 cari pasal. disebabkan semalam kesejukan sebab tak pakai proper attire, hari ini lebih bersedia. Turun bawah,makan sarapan (sarapan disediakan oleh pihak hotel). Me and roomie turun agak lambat. tak kesah,asalkan sempat makan. time turun,byk dah makanan yang habis, plus org pun dh xberapa ramai. Komen tentang makanan: hmm...tak sedap,ok!huhu. tapi gagahkan diri gak makan sbb takut lapar. tgh syok2 makan, lalu la 2 org manusia yg agak dikenali. Eh, Sarjan Misai la. dgn Koperal Lingam. diorg dtg bercuti ke?eceh! nak pi tegur n bergmbr,segan lak. last2 ckp dlm hati,xpe, esok lusa bole jumpa lagi.eceh!haha. then excited la beritahu member2 yang makan awal drpd kitorg. trus keluar cerita yang Yusof Haslam pun menginap kat situ.what??dok sehotel dgn retis?aww..bangga u.hahahaha. excited lak jumpa retis kat luar negara uolss..rasanya kalo kat KL,xheran kot.kikiki.then,sume org pakat naik bilik blk amik baju la,hape la.aku lepak kat lobi smbil borak2 dgn mmbr sorg. tetiba ada sorg mamat tinggi-hensem-gile-mcm-orgputih lalu, pakai topi tinggi mcm org rusia tu.aku pun pandang sekilas,pastu bisik kat mmbr, pehh..kalo dpt topi tu mesti best gile. then ada mmbr cakap, yusof haslam tgh sarapan. aku pun, "eh,mamat td tu yusof haslam ke?".serius,aku pandang sekilas je masa dia lalu,dia pun pndg blk, tp aku mmg xperasan. bila dia masuk balik,mmg kompemla pacik tu.hahaha. apa lagi,gigih interbiu dia sambil ajak bergmbr. tak senonoh ok! pastu nmpk jugak memey, norman hakim n salina saibi. bole x kitorg buat bodo je dgn diorg?hahaha. kejam,ok. bkn kejam,tp tgk diorg mcm dh lbt je,mlsla nk kaco kan..*tgn ke dada,mata ke atas*

gmbr bukti.haha (gambar ihsan hasle halim)

Ok,jom sambung cerita jalan2. jangan lari topik ye,cik Suhana ooii!haha. First destination: Jade factory. ni adalah kedai kerajaan. mmg wajib pergi kalau ikut trip yg ada guide. kat sini diorg dok bercerita camne jed dihasilkan,jenis2 batu jed,etc. aku bkn pay attention sangat pun dia membebel apa. kejam x?haha. macam biasa, lepas penerangan, depa suruh la tgk kedai jed.sila la beli ye kawan2. aku xmmpu.kikikiki. tapi last2 beli jugakla something: roller muka n mata yg diperbuat drpd jed. diorg ckp,kalo beli kat kedai goverment,terjamin sikit keasliannya. aku hrp pun camtu. beli satu utk hosmet tersayang yg xjoin,dan satu lg utk aku. harganya,kalo xsilap aku, 70yuan satu (RM35). 
hahaha.muka cam hape.time ni depa bg try gelang jed.tp aku xmampu beli rega ratus2 ni.huhuhu. (gmbr ihsan hasle halim)

bapak beso jed ni.gigih kan diorang engrave.huhuhu. kalo xsilap aku, kobis ni maksudnya "rich"


Next station, Burning Cream Centre. again,kedai government. terpaksa la tgk diorg demo pegang besi panas segala. ok, mmg aku kagum tgk lps diorg sapu krim tu,tgn yg melecur xde kesan. tapi harganya mak aih,agak mahal la. so,kitorg keluar tanpa beli apa2.

tempat testing burning cream.snap sblm tukang bg demo masuk.hihi

then, gi terjah lak another kedai barang kemas. aku lupa la kedai apa. kalo xsilap,kedai gelang batu gakla. kristal kot. haha. siap buat demo kristal tak calar segala. ok,mmg aku berkenan sbb diorg dok gerudi spek yg pakai cermin kristal. mcm biasa, lps tgk demo,kena tgk brg2 yg dijual. serius aku berkenan dgn spek diorg, agak murahla berbanding kalo beli yg kat Malaysia. cermin xpecah lagik. tapi sayang, power aku xdak. hanya ada power 500 ke bwh.aku rasa kalo ada power aku tu,harus aku sambar satu.hihihihihi

dia gerudi cermin mata.pehh!! (gmbr ihsan hasle halim)

Lepas dh sudah membeli belah dan tgk demo, makan time! gi lunch dulu, sblm nk panjat great wall. kira early lunch la. ok,serius lunch dia sedap.haha.mmg mkn bykla.

Next station: tempat yg ditunggu2..Great Wall of China!mmg the main reason kami ke Beijing ni.nk panjat salah satu drpd 7 wonders of the world. tercapai gak cita2!risau gak pancit tgh jalan,almaklum, mmg xeksersais sblm fly ke beijing. mls cerita byk.lyn gmbr jelah.hehehehe
masih ada sisa salji..nice!

tgkla kadar kecuramannya.gayat seh!huhuhuhu






lepas great wall, kita pi kedai teh. disebabkan adik yg tunjuk cara minum teh tu comey n pandai cakap serta pandai buat lawak, so kitorg semua beli la.hahaha. pandai kedai tu hire pekerja.

mak suka gambar ni.muahahaha


then,gi dinner lak. pas dinner,gi terjah Hard Rock Cafe. idakle beli souvenir HRC pun.just bergmbr depan tu je.hahaha.pastu,berambus blk hotel.ngeee



Dimulakan dengan bismillah...

The day before (18/3/2012)

Flight Penang-KL jam 11++ pagi. pergi awal coz bole lepak2 tido dulu kat homestay yg di book.yelah,kalo gi lambat,rugi je kan byr. Sampai KL tengahari. trus cari van ke Kota Warisan. cadang nk terjah belon panas putrajaya petang tu,tapi tak brp bertuah coz semua kereta sewa kat area KL tak available.(what the.. semua org KL pakai kereta sewa ke?arghh..) last2 petang kami dipenuhi dgn sesi jalan kaki ke kedai makan dan pasar malam berhampiran. Malam tu patutnya kena tido awal coz esoknya jam 5.30 pagi dh kena gerak ke LCCT. tapi gigih lak layan Adnan Sempit 2 online (mempergunakan WiFi free yg ada.ngeh3)

Hari kejadian (19/3/2012)

Bangun pagi,gosok gigi,cuci muka, terus mandi..Jom gerak ke LCCT! mata pun dh ala2 segan nk dibuka. lepas check in dan campak luggage, nganga la kat LCCT tu jap sblm naik flight.

muka2 eksaited  ahlil rombongan+camerawoman. gmbr ihsan Hasle Halim
Cerita atas kapalterbang tak pyh elaborate la kan.nnti jadi panjang lak. ngee..kita cerita masa kapalterbang approaching Tianjin. Dari atas, teruja je nmpk sisa2 putih atas bumbung bangunan.cuit2 cik sheela,ckp ada salji. pastu sendiri geleng kepala, bukan kot. mungkin bumbung bangunan tu dh bertukar warna dari biru jadik putih. bila dh makin dekat dgn daratan,makin teruja.sbb mmg salji la yg kitorg nmpk tu. seronok!!almaklum, masa gi London dulu, excited gi sana time winter, tapi sebijik salji pun xjumpa.frust ok!

Kitorg turun flight masing2 dgn senyuman lebar..tak sabar nk tgk salji walaupun hanya tinggal sisa. Lepas dh ambil beg semua, jumpa dengan our guide, miss Lily. comel n pandai speaking english (aku lagi prefer dia speaking english drpd bahasa Indonesia. coz sometimes ada perkataan Indonesia yg tak difahami). Miss Lily suruh kitorg gi toilet siap2, coz perjalanan dari Tianjin ke Beijing agak memakan masa.

Ok, elok je kitorg keluar drpd airport tu,semua org pakat terkejut disapa angin sejuk. hambik ko, lagi sejuk dari ekon.dahla masing2 pakai sweater yg agak nipis.  Miss Lily cakap, beg kitorg akan naik van, kitorg lak akan naik bas dan bullet train. masa tolak beg2 menuju ke van, nmpk sisa2 salji kat celahan pokok. excited lagi! so, mintak kebenaran Miss Lily utk bergmbr dengan salji. ok, aku mengaku, kitorg mmg jakun.hahahaha.

muka2 excited+kebekuan kat airport Tianjin. Gambar ihsan hasle halim

jari ini saksi perjumpaanku dgn encik salji.ahaks!

tgk..sisa2 je pun.tp excitednya tak dpt digambarkan.hehe. Gambar ihsan hasle halim
 
Next, mari menuju ke Beijing!kami naik bas sekali dengan lg satu rombongan org Malaysia. biar aku namakan mereka Geng Pakcik Bundle. xpyh elaborate bykla psl pakcik bundle ni la ye.haha.

Memang agak memakan masa perjalanan tu. naik bas ke stesen keretapi,then bullet train ke Beijing. sebelum naik bullet train,kitorg lepak kat stesen keretapi tu coz sampai awal. kebuluran,ok. nmpk keledek bakar panas2, tapi tak berkesempatan nk beli.nasib baik mmbr bawak stok megi n milo dlm beg. so,melantakla megi dan minum milo sekejap. diorg ada sediakan satu bilik untuk amik air panas utk diminum n masak megi.
kebuluran.hehehe. gambar ihsan hasle halim


 bullet train tu laju,tapi kitorg xrasa mcm laju coz still boleh menikmati permandangan. sampai Beijing dah malam. masa keluar2 drpd stesen keretapi tu, terkejut sekali lagi coz disapa angin yg 2x ganda sejuk dari tadi. Miss Lily beritahu, suhu mlm tu -2deg. hambek ko.mmg ketaq smpai ketap2 gigi la.huhuhu..kitorg trus dibawa untuk dinner. nak tepek ke gmbr dinner kitorg?xpayahla kot ye.aku lapar sgt smpai xsmpt nk snap gmbr.hahahaha.tp mcm biasa,makanan mmg penuh meja.semput gakla nk perabih. tp rasa dia,not bad.boleh terima. risau jugak sbb ada kwn yg dh pergi sana b4 ni bgtau,makanan Beijing agak kureng sikit.tapi so far aku rasa aku boleh adapt dgn makanan diorg.

Lepas dah kenyang, balik tido la..hehehehe. asalnya,kitorg diarrange utk stay di Lo Ding Hua hotel. pastu tetiba guide kata kena tukar  hotel lain atas sebab2 yang xdpt dielakkan.redha jelah sambil berharap hotel tu memuaskan. nasib baik jugakla tukar hotel,kalo tak,xdpt jumpa retis.opsss...hehe. Nama hotel tu,kalo xsilap aku, taishun business hotel. 

Ok,sampai hotel, posing2 amik gmbr atas katil jap,pastu basuh muka semua,trus tido. penat beb!esok dh nk mula journey. Sambung cerita hari kedua pada entry yg seterusnya ye.hihihihihih



Monday, March 05, 2012

KERJA GILA



bakal buat kerja gila (gila ke?haha) lagi 2-3minggu..tp idakle terjun gaung mcm gambar di atas ye,kawan2..tp agak gila jugakla.hahaha. sbb ni first time buat,tu yg dianggap kerja gila. boleh jugak dikatakan buang tebiat kot. don't worry, ia tidak melibatkan nyawa sapa2 pun ye..ngeh3.

Tuesday, December 27, 2011

KIZ garden's BLOGLIST XCHANGE & REVIEW BLOG segment



ok...sebab dh lama xupdate blog, so untuk mengelakkan dilahar secara berjemaah, saya rasa elok jugak kiranya saya join segmen ni...sebab xpayah susah2 pikir entry yg nak ditaip.hehehehe..(rilek2, sok lusa saya update la ye kawan2..)


tujuan saya join:
1. nak tambah follower. walaupun entry dlm ni caca marba,hopefully ada la yg enjoy baca. (sejak bila ntah aku mula gila glemer ni..muahaha)
2. nak tau gak apa komen org lain tentang blog ku yg tak seberapa ni... KIZ, sila bagi review yang best2 ek..hihihihi..nanti saya belanja eskrim (gambar eskrim jelah..hehe)


So,kalau ada sesapa nk join gak segmen ni..sila la klik pada link ni untuk syarat2 penyertaan.

http://kizgarden.blogspot.com/2011/12/segmen-bloglist-x-change-and-review-ur.html



Sekian,terima kasih..

p/s: motipp ayat aku ada bunyi2 skema cam hape je arini???errr...buang tebiat gamaknya.hahahahha

Friday, December 09, 2011

susah payah yg berbaloi..



xmo cakap bykla..sila tgk video ini..ahaks!!!!!! (minit ke 2:23 to be precise..)



credit: kool_brosia

harap2 yang berkenaan tu kuat semangat..jgn ikut jejak langkah kawan2 yg overstress sampai bunuh diri..sesungguhnya dia seorg performer yg berbakat..sayang kalau bakat dia org tolak tepi...huhuhuhuhuhu


p/s: sila jangan meroyan. entry aku 2-3 menjak ni byk berbaur korea..hik3.

Sunday, December 04, 2011

paper crane project

percubaan pertama..


ni pulak percubaan pertama member aku. nama adalah dirahsiakan.haha


bila dh terel sikit,kita buat versi mini pulak..


bila dah terel byk..buat versi mini-mini...hehehehe



hahaha..sejak bila ntah rajin join projek-projek macam ni..sebenarnya,aku ingat nk join menda ni..MC Mong project-faith & love.. harap2 masuk senarai..first time belajar buat paper crane ni. first time tu,mmg huduh outputnya..hahaha.tp seronok jugak main fold2 origami ni..dulu cuma reti fold bintang kecik2 tu je...

harap2 pasni boleh try fold rama2 ke,hewan2 lain ke..mesti meriah bilik aku nnti..

sesapa yg rasa2 nk belajar buat paper crane,boleh tgk video ni..(yg dah terel, abaikan je post ni..)..senang gak instructionnya...enjoy!!!






Sunday, November 20, 2011

jalan jalan tengok teater

Kali kedua layan teater selepas Lat the kampung Boy. thanks to encik Azmi sebab sudi belanja i tgk teater.eceh! Memula risau gak before nak tgk.coz ini jenis teater berat. haruslah ala-ala rasa nak tido,kan. (my sis cakap bosan sikit coz banyak ckp,plus dia tgk waktu malam. so 2-3x gak terlelap)..nasib baik aku tgk show jam 3 petang.

Teater Badai Semalam: diangkat daripada naskhah tulisan Khadijah Hashim. Rasanya ramai yang dah pernah baca novel ni. aku??err..jujurnya tak pernah. tu yg gigih beli novel tu lepas hbs teater ni.

ok. secara ringkas. watak-watak utama dalam cerita ini:

Mazni (Erra Fazira): seorang gadis yang terpaksa korbankan zaman persekolahannya utk bekerja disebabkan tidak mahu terima bantuan dari orang lain (dalam kes ini: bekas tuan rumah tempat ibunya bekerja sebagai pembantu tuan rumah bagi dia dan ibunya bilik untuk tinggal walaupun ibunya x lagi bekerja disitu); kena pergi sekolah.jaga mak sakit.

Karim (Aaron Aziz): anak bekas majikan ibu Mazni. playboy. xde arah tujuan hidup, selalu berpoya-poya walaupun ada pendidikan yang baik. berubah lepas eksiden dan jatuh cinta dengan Mazni yang sanggup jaga dia sepanjang dia sakit. mula berubah kembali lepas kahwin dengan Mazni dan Mazni terlalu tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Zaki (Fizz Fairuz): dia ni minat dgn Mazni. awal2 aku ingt dia ni bf Mazni. rupa2nya dia xpernah luahkan perasaan pada Mazni. bakal doktor. selalu bagi semangat pada Mazni utk belajar. frust masa mazni kahwin dgn Karim. but still menanti Mazni sampai ke akhirnya..

Mak Bibah (Ziela Jalil): mak Mazni. bekas org gaji yg bercita2 tinggi nak tgk anak dia masuk U. lakonan ziela jalil sgt berkesan.menangis aku tgk dia.huhuhuhu

Puan Rohana (Umie Aida): Mak Karim. senang percaya cakap orang. nak2 kawan dia Puan Mahani (Emelda Rosmila).

Sinopsis penuh cerita: (credit: istana budaya. aku copy paste je.hehehehe)

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
SINOPSIS BADAI SEMALAM (credit: Istana Budaya)


Komen aku tentang teater ini:

1. kalau tengok jalan cerita, memang tipikal drama swasta. org kaya hina org miskin. fitnah memfitnah. dengki mendengki. kak nam jaja cerita tak betul. anak org miskin tak boleh berjaya. etc. tapi cara penceritaannya atas pentas, boleh la layan. (sebab aku tak tertido,kira berjaya la tu,kan..hehe)

2. disebabkan novel ini diterbitkan sekitar tahun 19760-70-an (kalau xsilap aku la)..so pakaiannya mmg ala2 zaman pop yeh yeh/disco la..dgn rambut tebuan cukup..dan mungkin sebab pada zaman itu, org pandang rendah pada org miskin (ini pendapat aku jelah, almaklumlah, aku blom lahir lagi time tu.hehe), that's why,ada part yang aku rasa tak logik kalau diambilkira jika berlaku pada zaman sekarang. so,xboleh nak komen bykla.

3. watak Puan Mahani (Emelda Rosmila) memang superb.gelak guling2 aku tgk dia. mmg gaya kak nam joyah sungguh. hehehehe. gandingan dia dgn Mak Ton (pembantu rumah Pn Rohana) mmg lawak. ni dialog best antara mak ton dgn puan mahani.(ni bkn ayat sebijik2 ye.dh diolah sbb aku dh xbrp nk ingt..hehe)

"eh,kau kan duduk serumah. takkan tak tau pasal hubungan sulit diorang??" (mahani)
"haaa...kan dah tau tu..dah tak sulit la namanya kan???" (mak ton)

4. ayat yang aku paling ingat:
"takpe kalau memperbodohkan diri untuk menjadi pandai..jangan memperbodohkan diri untuk jadi lebih bodoh..yg tu mmg bodoh namanya.." (Mazni)

5. lagu-lagu dalam cerita ni best. tapi silap lak aku xbeli cd kompilasi lagunya.

6. Walaupun ramai yang kesian dengan Mazni, aku lagi kesian dengan Zaki sebenarnya. penat dia tunggu Mazni sampai ke sudah.last2 Mazni blah je tinggalkan dia gi KL sambung belajar. huhuhuhu.



Ok.jom layan gambar. kali ni xde sesi bergambar dgn retis ye. sebab tgk tayangan petang.huhuhu.tu yg bergambar dgn patung kadbod sahaja.


jasmin hamid: gedik gila. nak2 time dia goda Aaron Aziz. tak sesuei ditonton oleh kekanak skolah.muahahaha. emelda (pn. mahani): sangatlah kak nam...hahahaha


dengan 3 pelakon utama: karim, mazni dengan zaki.

ni satu2nya gmbr yg clear aku snap aritu.nasib baik ada jugak.huhuhuhu.
emelda, fizz fairuz, pengarah, aaron aziz, erra, umie aida.

poster-posteran..

p/s: tu dia..amik masa tul nk karang cerita..ni pun xcomplete sangat.agak2 aku ada idea lain.aku tambah kemudian ek!

Friday, November 11, 2011

tutti frutti la sangat...


hahahaha..opss..sila jgn gelakkan aku ye..ye,saya mengaku..ini kali pertama saya merasa tutti frutti ni...bukannya saya xmampu (hakikatnya memang tak pun), cuma tak berkesempatan je... nasib baik ada juga org yg sudi mengajak diriku menerjah kedai ini. semua pakat tak pernah masuk lagi, so buat bodo jelah masuk.ok.tempat itu agak kosong.tiada ramai customer. cuma ada segrup manusia yg tengah santai borak2 sambil makan aiskrim di hujung sudut kedai itu. masuk-masuk je tgk....ades, self service ke???habislah kita..dahla semuanya xreti...

nasib baikla kemudiannya ada sorg budak cashier tu keluar. dengan muka tak malu(yelah,kalau malu bertanya haruslah sesat jalan,ye dak??dlm kes ni,kalau malu bertanya,haruslah kempunan nak makan aiskrim..)..nasib baiklah adik tu baik hati tolong cerita kat kami camne cara2 yang betul.haha. aku pasti sangat segrup manusia yg tgh duduk di hujung kedai tu dok gelakkan kami.tapi pedulik hape,kan..aku bayar per nk makan kat sini. hehe

dah selesai memilih perisa eskrim masing-masing (aku amik vanilla,lagi dua org kawan amik coklat), tibalah ke sesi menabur2 topping.yang ni aku cuak sikit.sebab tak berapa pasti camne kaedah pembayarannya..karang boh topping byk2,kena byr byk pulak.jenuhla. dahla dalam wallet ada sekeping RM50 je. last2,aku cuma letak kepingan badam, buah kiwi dgn coklat syrup..macam nilah rupa bentuknya...


rupa bentuk lepas halfway makan.hehehe


dah habis menabur topping,adik cashier tu pun timbang berat eskrim ku itu..amik ko, RM12.70. nasib baik tak mahal sangat. kalau aku tau tadi,aku boh topping byk2.huhuhuhuhu. pastu kami pun santai2 lepak sambil makan eskrim mahal dalam kedai tu..


inilah hasilnya,bila makan eskrim time kebulur.hahahaha.licin...ok,pasni bole la masuk kedai tu dgn confidentnya..sbb dah reti,kan.hahahaha.esther & eze, pasni kita belasah eskrim ni lagi naaa...hehehehe

Tuesday, May 03, 2011

buku-bukuan



gambar pertama dgn gmbr kedua tiada kena mengena ye. saja nk buat entry dua dlm satu. gmbr pertama tu, di snap dr "tangga bergerak" di JJ Aeon Setiawangsa. alaa..xkan korang xtau..Rumah kaca. bebudak AF. malas nk snap2 gmbr depan2 rumah kaca tu. ramai sgt manusia. tak caya, tgk gmbr. almaklumlah hari Ahad. sesaje je pun.aku bkn minat sgt pun nk tgk AF final season ni. xtaula nape.mungkin sbb xde daya penarik. ahahahahaha


gambar kedua, haruslah berkaitan dgn book fair. ye dak??tu buku2 yg aku borong sabtu lepas. ada 1 buku lg yg aku xmasukkan dlm gmbr. buku ramlee awang murshid. ada 2 buku yg tebal gile. bak kata si Fariz Izwan "tu agak2 brp tahun baru boleh hbs baca semua buku tu??" err...ntahla.yg nipis2 tu mungkin cpt. yg plg bwh tu,xtaula brp lama baru blh hbs. hehehe. baru perasan, taun ni aku xbeli english novel. xpelah, dah beli 2 english novel awal tahun aritu, so, kita gnti dgn novel melayu lak. Sbnrnya nk borong lagi buku2 lain, tp terpaksa bersabar. perabih duit lak. kalo ikut hati mmg nk borong sakan, nasib baikla....Susunan buku yg aku beli (start dari bawah):

  1. A doctor in the house by Tun Dr Mahathir Mohamad (RM90 after less)- aku nengok yg beratur kat cashier MPH aritu majoritinya beli buku ni. Patutlah best seller.
  2. 7 hari mencintaimu by Siti Rosmizah (RM24.60 after less)- bapak tebal buku ni. 1000++ muka surat. nasib baikla ada less. and xdelah mahal sgt. beli sbb nk mintak signature penulis. bole tak gitu?
  3. Cucur bawang Kopi O by Hasrudi Jawawi (RM20 after less)- beli buku ni sbb suka tajuk dgn cover dia. bole??
  4. Bunga Mas-koleksi sinopsis,puisi dari Rusia: terjemahan (RM20 after less)-beli ni sbb cik Yan-t nk beli buku koleksi cerita rakyat korea. sbb beli sekali dgn ni bole dpt lg murah. hopefully aku xnyesal beli buku ni
  5. Gadis Oren: novel terjemahan dari Norway (RM15 after less)-yg ni se"geng" dgn buku bunga mas tu. sbb satu pakej
  6. Dari Mihrab Cinta-The Romance by Habiburrahman El-Sherazy (RM11.90 after less)-beli sebab penulisnya didatangkan khas dari Indonesia. bukan senang nk jumpa encik Habiburrahman ni. org lain siap bergmbr lg dgn dia.tp aku malas.dapat signature dia pun cukuplah.
  7. Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid-tiada dlm gmbr (harganya cheq lupa la pulok.haha)- beli ni utk Suhaila Sobi sbb dia mmg rajin baca buku RAM ni
Nanti kalau rajin, aku buatla review pas habis baca buku2 ni (kalau rajinla tau.kalau xrajin tu,paham2 jelah..ehehehehe)

Friday, April 29, 2011

yeehaaa...

cadangnya esok nk bertandang ke pwtc (dgn harapan tidak diserang penyakit malas)..nk memborong sakan ni. tp taun ni xde idea lg nk borong buku apa. agak2 seronok x kalau pi pusing2 pwtc sorg2???hmmmm...

harap2 tiada selautan manusia esok. kalau setakat sesungaian manusia bole lg la kot. kalau separitan lagi bagus..(aci dak editor menggunakan ayat ciptaan sendiri??ngeh3)ni kalau dh smpai tahap nk gerak pun xboleh,kompem pening kepala. tapi....encik Ramlee Awang Murshid nk wat pelancaran novel sok. mesti ramai manusia kan??huwaaaa..

Friday, April 08, 2011

sudah berwajah baru


from: http://clangnuts.blogspot.com/2006_10_01_archive.html


Akhirnya sudah berwajah baru. tapi kalau sok lusa bertukar lagi, abaikan sahaja. sbb dok try and error kulit mana yg best. he he. xde keje sungguh. ni yang aku dapat masa 2 jam rehat di hari jumaat.

Sunday, March 27, 2011

Berbaloi2!!

makcik suko!!makcik suko!!sbb makcik dpt bergambo dgn mrs. Hiew (walaupun makcik terpejam mata sbb dh ngntuk sgt.ekekeke)..tingginya rambut dia kan. spek mata makcik pun kalah dgn spek mata dia.stylo siut...ngeh3..

tak sesia macik beli tiket teater rega rm70. berbaloi2.puas hati. lagu2nya sgt best, especially lagu D-W-Y-L, L-W-Y-D dengan lagu Frankie masa kat london tu. rasa nk berjoget skali. Semua pelakon2 pun are doing a very good job. Suara lat masa kecik best. Awie mmg lawak. suara dia mmg xleh nk dipertikaikan lg la. Atilia very de sweet. Frankie Vee (Douglas Lim) best jugak. Watak paling macik minat, watak Kudin yg tulis berita mcm tulis surat chenta tu (macik xkenal sape yg berlakon sbb macik dok jauh.huhuhu). pendek kata semua best lah. props2 dia pun sgt cantik.rumah kampungnya, sebijik mcm dlm kartunnya. tp bila dh hujung2 cerita, dh mcm tgk konsert Awie la pulok. ahaks! ekceli, macik ni xpandai nk review filem, ni kan pulak nk review teater. rasanya pasni macik nk tukar hobi macik drpd tgk wyg ke tgk teater plak.


tapi...

motiff kak limah, usop dgn "ce citer.." pun tetiba wujud dalam cerita ni??oh lupa...Lat dgn Mamat Khalid kan adik beradik...ngeee..

Overall...

macik sokong korang2 gi tgk citer ni..mmg menghiburkan. gelak xhengat je td, walaupun ada gak part yg sedey2 n boring2 sket tu..biasaklah tu. tp part yg sebut pasal malaikat maut tu macik kureng berkenan sket walaupun macik terikut sama gelak td. lain2, mmg 4 thumbs up la (kira skali dgn ibu jari kaki ye..)


p/s: ah,kenapa Hans Isaac xde masa sign2 otograp td. macik mmg teringin nk bergmbo dgn dia. bole macik fefeeling berkapel dgn dia jap.ahaks!

p/s 2: nanti kalau macik rajin,macik hapdet gmbr lg ye..


Tuesday, March 15, 2011

a-hero-with-no-identity versus a-well-known-historical-hero


Name's Rango..


He wants to be a hero, but he has nothing to offer. He's not a muscle, tough guy (guy ke??ehehe..). his destiny changed when he arrived at the town called Dirt. Suddenly he became a hero. this movie is very entertaining, though some of the comedy are not understandable (ada ke perkataan ni?muahaha). you can picture johnny depp when u look at Rango. very similar meh, in terms of characters. hahaha

Nak full review pasal cerita ni, boleh tgk kat sini --> http://www.joblo.com/movie-news/review-rango




Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kamu berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.

Malaysian should have recognize this hero. Although me myself had never read the hikayat. this is also very entertaining movie. CGI ok, still can improve. but the sound is not very good. it can be louder at one time, and suddenly it became slow. the fighting scene for me, not very eye-catching.. i felt dizzy when i see the fighting scene. not so "sharp" i think. but this is only my opinion. but overall, this was a very nice movie. for those parents who wants to bring their children to see this movie, think twice before you made a decision. because not all children can understand this type of movie. i spot some children who is watching the movie with us that day, they left the cinema quite early. maybe they're bored or maybe they have other things to do. i don't know. but this doesn't mean that you cannot bring children to see this movie. not every children love historical/epic movie. (^_^)

Kalau nak full review pasal filem ni, boleh baca kat sini ---> http://tontonfilem.blogspot.com/

hoh..gile ah.sila abaikan grammar yg merapu. my first attempt to write in english.muahaha. macam fail je..hahahaha.tapi, ada aku kesah????hehehehe





:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...