Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, March 01, 2012

Mini Seoul

Hari Sabtu lepas adalah sesi berjalan2 (berjalan ke?hahaha) dengan geng2 persatuan drama2 korea (bak kata Az la. Az,pinjam ayat ko ek..hihi)..Plannya nak join Az, Fiza n Makdik gi Uniqlo tgk baju..tapi planning lari sket sbb hujan + ada hal kena jumpa member. Plan nk makan2 makanan korea kat Sooka Sentral pun batal sebab kedai tutup.haha. last2 kitorg proceed dgn plan jalan2 mini Seoul. haa..dimanakah mini Seoul ittew???

Aku baru tau, kat area Ampang ada satu kawasan yang mmg penuh dengan kedai2, mart2 dan restoran2 korea. Mungkin area tu byk residen Korea kot. term "Mini Seoul" tu,aku xpasti mmg orang yg bagi or Fiza yg bagi.hehe. Habih semua kedai runcit kat sana kitorg masuk..dan inilah hasilnya.....

Biskut kiwi (rupa macam kuih kapit tapi ada perasa kiwi), kopi dalam cawan (chocolate mocha & caramel machiatto), gochujang (chili paste), dan set sudu/chopstik utk travel.

Ada lagi yang tiada dalam gmbr.. Aiskrim pop versi Korea (xsempat nk snap gmbr sbb dh habis.hehe) dan rice cakes (yg ni sedap..inti red bean). Dak2 ni dok pulun beli air botol/tin yg ada gmbr idola masing2. Aku idakle beli,pasal xdak gmbr yang menarik perhatian.haha

Dah puas jenjalan, perut pun lapar..cadangnya nak makan kat satu kedai Korea kat Ampang Point (coz ada baca dalam internet yang kedai tu halal), tapi dok pusing2 kawasan, ternampak lak restoran ni. Az cakap penah masuk Jalan2 Cari Makan TV3. So kitorg pun decide nak terjah....(satu lagi sebab nk terjah ialah tempat ni ada free Wifi.haha)


ni lah restorannya..Sweetree..amik gmbr dah malam..sbb dok ralit makan dan borak dan bergambar,xsedar hari dah malam.hehe. Interior sangat menarik. Harga makanan not bad. kesedapan? utk aku yg baru first time makanan Korea kat Malaysia (except Seoul Garden sbb Seoul Garden just makan yang panggang2 dan bakar2), kira sedapla. Aku amik Dolsot Bibimbap (Bibimbap is served as a bowl of warm white rice topped with namul (sautéed and seasoned vegetables) and gochujang (chili pepper paste)-source: Wiki)..bagi aku rasa dia excellent walaupun aku mkn xhabis. mungkin sbb aku baru sangat lunch kat umah before keluar.

peace sblm makan..hehe.puas hati sbb akhirnya berjumpa jugak bibimbap yang diidam2kan..heheheh

Okey.korang nak tau apa itu Dolsot Bibimbap? kalau yang dah tau tu, abaikan jelah ye. hehe. Menurut allrecipes.com, Dolsot Bibimbap is Korean for Hot Stone Bowl with Mixed Rice (with vegetables, meat and egg).Kira nasik gaul2 dengan sayur2,kimchi,chilli paste dan ada telur mata kat atas.tapi yang ni dihidang dalam Hot Pot, macam sizzling tu. Sebab tu aku suka kot.hehe


Ni ha rupa bentuk bibimbap tu. sekali dengan side dish (kimchi, white radish, garlic and chilli, ikan bilis dan kacang) dan juga sup telur..

Cara makan bibimbap ni, gaulkan saja nasik tu bersama sayur2 yang ada dalam tu.kalau nak pedas lagi,boleh tambah chilli paste (diorg ada bagi extra utk tambah)..pastu makanlah dengan lahapnya..aku suka coz sayurnya cuma timun yang diracik halus, carrot yg diracik halus,sedikit kobis,tauge dan kimchi white radish..bila tambah ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng,lagi umpphh..

Ni rupa bentuk makanan yang dah half way..sapa yg jenis geli makan nasik gaul2 terus dgn lauk pauk dan kuah,mmg xlalu kot makan..aku balun je.keh3.

Ni rupa akhir mangkuk ku..tak habis ye kawan2.sebab perut dah penuh. plus aku minum Caramel Machiatto Sejuk yang agak "melugai" bila digabung dengan nasik..hehe

Oh ya..harganya tak sampai RM20 ye.kira ok lah tu.and diorg ada set juga..bibimbap dan minuman. murah sikit harganya.


Fiza order Bulgogi in pot with rice, makdik pun sama..Az order jajang myun (black bean noodle)..then Fiza dan Az order ttaeokbokki (spicy rice cakes) with cheese dan kimchi pancake..ttaeokbokki tu aku xmkn sgt sbb konsentret nk perabih bibimbap aku tu.tapi kimchi pancake nya sedap..


kimchi pancake (ada seafood dan bawang)

Az punya..jajangmyun (black bean noodle)..rasa macam mee kicap..kicap agak pahit..hehe.tp boleh la..

ttaeokbokki (spicy rice cakes) with cheese. Agak pedas. rasanya chewy. tak macam pasta ye rasanya,kawan2..

bulgogi in pot with rice..ni set Makdik dan Fiza..aku xsempat rasa bulgogi depa. so,no komen. tapi aku tgk Makdik yg xleh terima makanan korea makan habih je..so,aku agak sedap le tu.hehe

So,kalau ada sesapa yang nak makan halal korean food,boleh cuba la kat sini. Even ada some people ckp makanan dia xbrp sedap,tapi gua rasa ok je.selera masing2 kan.. Ni alamat yang gua copy drpd forsquare.

No 13 L--1.2 (Jalan Ampang putra ), 68000 Kuala Lumpur




Friday, November 11, 2011

tutti frutti la sangat...


hahahaha..opss..sila jgn gelakkan aku ye..ye,saya mengaku..ini kali pertama saya merasa tutti frutti ni...bukannya saya xmampu (hakikatnya memang tak pun), cuma tak berkesempatan je... nasib baik ada juga org yg sudi mengajak diriku menerjah kedai ini. semua pakat tak pernah masuk lagi, so buat bodo jelah masuk.ok.tempat itu agak kosong.tiada ramai customer. cuma ada segrup manusia yg tengah santai borak2 sambil makan aiskrim di hujung sudut kedai itu. masuk-masuk je tgk....ades, self service ke???habislah kita..dahla semuanya xreti...

nasib baikla kemudiannya ada sorg budak cashier tu keluar. dengan muka tak malu(yelah,kalau malu bertanya haruslah sesat jalan,ye dak??dlm kes ni,kalau malu bertanya,haruslah kempunan nak makan aiskrim..)..nasib baiklah adik tu baik hati tolong cerita kat kami camne cara2 yang betul.haha. aku pasti sangat segrup manusia yg tgh duduk di hujung kedai tu dok gelakkan kami.tapi pedulik hape,kan..aku bayar per nk makan kat sini. hehe

dah selesai memilih perisa eskrim masing-masing (aku amik vanilla,lagi dua org kawan amik coklat), tibalah ke sesi menabur2 topping.yang ni aku cuak sikit.sebab tak berapa pasti camne kaedah pembayarannya..karang boh topping byk2,kena byr byk pulak.jenuhla. dahla dalam wallet ada sekeping RM50 je. last2,aku cuma letak kepingan badam, buah kiwi dgn coklat syrup..macam nilah rupa bentuknya...


rupa bentuk lepas halfway makan.hehehe


dah habis menabur topping,adik cashier tu pun timbang berat eskrim ku itu..amik ko, RM12.70. nasib baik tak mahal sangat. kalau aku tau tadi,aku boh topping byk2.huhuhuhuhu. pastu kami pun santai2 lepak sambil makan eskrim mahal dalam kedai tu..


inilah hasilnya,bila makan eskrim time kebulur.hahahaha.licin...ok,pasni bole la masuk kedai tu dgn confidentnya..sbb dah reti,kan.hahahaha.esther & eze, pasni kita belasah eskrim ni lagi naaa...hehehehe

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...