Showing posts with label day 1. Show all posts
Showing posts with label day 1. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Dimulakan dengan bismillah...

The day before (18/3/2012)

Flight Penang-KL jam 11++ pagi. pergi awal coz bole lepak2 tido dulu kat homestay yg di book.yelah,kalo gi lambat,rugi je kan byr. Sampai KL tengahari. trus cari van ke Kota Warisan. cadang nk terjah belon panas putrajaya petang tu,tapi tak brp bertuah coz semua kereta sewa kat area KL tak available.(what the.. semua org KL pakai kereta sewa ke?arghh..) last2 petang kami dipenuhi dgn sesi jalan kaki ke kedai makan dan pasar malam berhampiran. Malam tu patutnya kena tido awal coz esoknya jam 5.30 pagi dh kena gerak ke LCCT. tapi gigih lak layan Adnan Sempit 2 online (mempergunakan WiFi free yg ada.ngeh3)

Hari kejadian (19/3/2012)

Bangun pagi,gosok gigi,cuci muka, terus mandi..Jom gerak ke LCCT! mata pun dh ala2 segan nk dibuka. lepas check in dan campak luggage, nganga la kat LCCT tu jap sblm naik flight.

muka2 eksaited  ahlil rombongan+camerawoman. gmbr ihsan Hasle Halim
Cerita atas kapalterbang tak pyh elaborate la kan.nnti jadi panjang lak. ngee..kita cerita masa kapalterbang approaching Tianjin. Dari atas, teruja je nmpk sisa2 putih atas bumbung bangunan.cuit2 cik sheela,ckp ada salji. pastu sendiri geleng kepala, bukan kot. mungkin bumbung bangunan tu dh bertukar warna dari biru jadik putih. bila dh makin dekat dgn daratan,makin teruja.sbb mmg salji la yg kitorg nmpk tu. seronok!!almaklum, masa gi London dulu, excited gi sana time winter, tapi sebijik salji pun xjumpa.frust ok!

Kitorg turun flight masing2 dgn senyuman lebar..tak sabar nk tgk salji walaupun hanya tinggal sisa. Lepas dh ambil beg semua, jumpa dengan our guide, miss Lily. comel n pandai speaking english (aku lagi prefer dia speaking english drpd bahasa Indonesia. coz sometimes ada perkataan Indonesia yg tak difahami). Miss Lily suruh kitorg gi toilet siap2, coz perjalanan dari Tianjin ke Beijing agak memakan masa.

Ok, elok je kitorg keluar drpd airport tu,semua org pakat terkejut disapa angin sejuk. hambik ko, lagi sejuk dari ekon.dahla masing2 pakai sweater yg agak nipis.  Miss Lily cakap, beg kitorg akan naik van, kitorg lak akan naik bas dan bullet train. masa tolak beg2 menuju ke van, nmpk sisa2 salji kat celahan pokok. excited lagi! so, mintak kebenaran Miss Lily utk bergmbr dengan salji. ok, aku mengaku, kitorg mmg jakun.hahahaha.

muka2 excited+kebekuan kat airport Tianjin. Gambar ihsan hasle halim

jari ini saksi perjumpaanku dgn encik salji.ahaks!

tgk..sisa2 je pun.tp excitednya tak dpt digambarkan.hehe. Gambar ihsan hasle halim
 
Next, mari menuju ke Beijing!kami naik bas sekali dengan lg satu rombongan org Malaysia. biar aku namakan mereka Geng Pakcik Bundle. xpyh elaborate bykla psl pakcik bundle ni la ye.haha.

Memang agak memakan masa perjalanan tu. naik bas ke stesen keretapi,then bullet train ke Beijing. sebelum naik bullet train,kitorg lepak kat stesen keretapi tu coz sampai awal. kebuluran,ok. nmpk keledek bakar panas2, tapi tak berkesempatan nk beli.nasib baik mmbr bawak stok megi n milo dlm beg. so,melantakla megi dan minum milo sekejap. diorg ada sediakan satu bilik untuk amik air panas utk diminum n masak megi.
kebuluran.hehehe. gambar ihsan hasle halim


 bullet train tu laju,tapi kitorg xrasa mcm laju coz still boleh menikmati permandangan. sampai Beijing dah malam. masa keluar2 drpd stesen keretapi tu, terkejut sekali lagi coz disapa angin yg 2x ganda sejuk dari tadi. Miss Lily beritahu, suhu mlm tu -2deg. hambek ko.mmg ketaq smpai ketap2 gigi la.huhuhu..kitorg trus dibawa untuk dinner. nak tepek ke gmbr dinner kitorg?xpayahla kot ye.aku lapar sgt smpai xsmpt nk snap gmbr.hahahaha.tp mcm biasa,makanan mmg penuh meja.semput gakla nk perabih. tp rasa dia,not bad.boleh terima. risau jugak sbb ada kwn yg dh pergi sana b4 ni bgtau,makanan Beijing agak kureng sikit.tapi so far aku rasa aku boleh adapt dgn makanan diorg.

Lepas dah kenyang, balik tido la..hehehehe. asalnya,kitorg diarrange utk stay di Lo Ding Hua hotel. pastu tetiba guide kata kena tukar  hotel lain atas sebab2 yang xdpt dielakkan.redha jelah sambil berharap hotel tu memuaskan. nasib baik jugakla tukar hotel,kalo tak,xdpt jumpa retis.opsss...hehe. Nama hotel tu,kalo xsilap aku, taishun business hotel. 

Ok,sampai hotel, posing2 amik gmbr atas katil jap,pastu basuh muka semua,trus tido. penat beb!esok dh nk mula journey. Sambung cerita hari kedua pada entry yg seterusnya ye.hihihihihih



Thursday, June 09, 2011

Spring Waltz la sangat...KOREA (16 Mei)

Ampun dan maaf dipinta. Dah terlewat update entry. huk3. Mari layan gambar-gambaran. almaklumlah, aku ni bukan reti sangat nk wat travelog pun sebenarnya.


Hari pertama: berjumpa dengan travel guide, Mr Jeong dan Mr Min, the driver di hadapan guest house.terus menuju ke Nami Island. Jauh gak perjalanan. Sempat gak tido sementara nk sampai ahahaha. Why Nami island??Winter Sonata of coz (jgn cakap korg xpenah layan Winter Sonata ye.ahaha).



ni adalah view wajib snap kalau sampai di Nami island.

hahaha..

eh,aku tak berharap nk dapat first kiss kat sini tau. First kiss dgn snow man???errr…


santeknya subhanallah..kalau tgk live lagi best..


sarang haeyo..awww…(sampai sini je, style2 posing dlm gmbr semuanya dh ala-ala korean.wakakaka)




Gambaran meja selepas kami melantak tak hengat time lunch sebab dh penat dan kelaparan. Lunch kami: nasi dlm pot,ikan sekor (xpasti ikan apa), bean paste stew (yg ni sedap gile) dan banyak side dish yg boleh ditambah2 kalau dh habis..oh lupa..serta air kosong yg sejuk.. pehh..semput nk perabih woo..harga satu set..hmm..lupa nk tnya TA.



Bila dh kenyang, semua org pakat tido dalam van termasuk TA kitorg. hahaha. nasib baik driver tak tido skali. kalo tak, confirm kitorg ke laut beramai-ramai.


Next station: Namsan Tower. Sepatutnya kitorg akan ke Namsan Tower ni pada hari ke3 or ke4, tapi TA suggest utk ke sini dulu sebab cuaca sangat baik untuk lihat view Seoul. nasib baik tukar plan, sbb hari ke4 tu hujan.




Namsan tower juga dikenali sebagai Seoul Tower. Idakle tinggi mana pun tower ni. Rasanya KL tower lg tinggi kot. Tp nk smpai ke tower itu, perlu menapak agak tinggi juga. Actually ada 3 cara nk naik. Menapak sambil melihat keindahan hutan, atau naik bas yg disediakan, ataupun naik cable car. Naik cable car kena byr. So kitorg decide nak menapak. Tapi nasib baikla kitorg amik travel agent, so driver sedia hantar smpai halfway. Pastu baru menapak panjat bukit lebih kurang 15min. semput. Tapi aku kagum sbb ada juga aweks2 korea yg menapak naik bukit itu pakai hi heel 3 inci.salute..salute..


Seoul from Namsan Tower. Macam susunan kotak2 je kan..



the famous padlock tree

Ahaa..korang mesti kenal ni kan..the famous padlock. Alaa..tempat kapel2 pasang padlock love2 bersama pasangan sambil tulis apa2 yg patut atas padlock itu dengan harapan hubungan mereka berkekalan. Aku teringin nk letak juga. Tp tak dtg dgn pasangan (eh,aku ada psgn ke?ahahaha).kalau korang tgk Awan Dania 3, kat sini la benjy dgn dania pasang padlock love derang. Heee..


@teddy bear museum

Besar kan teddy bear ni.hehe. ni kat teddy bear museum, Namsan tower. Kecik je tmptnya, tp penuh dgn teddy bear yg menunjukkan cara hidup orang korea zaman dahulu dan kini. Bagi org2 yg xsedar-diri-dah-tak-berapa-muda-tapi-masih-suka-teddybear macam aku ni, mmg seronok la masuk tmpt ni. Tp tak free ye kawan2. Kena byr. lupa lak fee nya brp. kalau xsilap 5000 won.


Ni kitorg nyer dinner. Jgn terkujat tgk daging dlm gmbr ni. Tu daging tiruan untuk vegetarian. Tp rasa sebijik mcm daging. Hehe.nama kedai ni Loving Hut. Sangat selesa tau dok dlm kedai ni. Best! Satu set makanan tu,kalau xsilap aku harganya dalam 6000 won (kot..aku lupa la harga2 ni.ngeh3).


Lepas makan, dah penat..balik tido la apo laie..aktiviti malam, either layan rancangan tv korea or jalan2 cari pasal di Myeongdong. Actually Myeongdong ni macam2 ada..pasar malam, kedai2 baju jenama. dan yang plg byk, kedai kosmetik. Asal lalu je depan kedai diorg,diorg dok panggil2. tp segan nak masuk walaupun org cakap,kalau korang just window shopping je dlm kedai diorg ,still akan dapat free gift. tp gua segan woo..


mari bersambung ke day 2 pulak ye........(jenuh la aku nk buat 8 entry pasal korea ni..haih.)




:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...