Showing posts with label day 2. Show all posts
Showing posts with label day 2. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Ai di Beijing-Day 2 (20/3/2012)

Bangun pagi. bersiap2 nak memulakan jalan2 cari pasal. disebabkan semalam kesejukan sebab tak pakai proper attire, hari ini lebih bersedia. Turun bawah,makan sarapan (sarapan disediakan oleh pihak hotel). Me and roomie turun agak lambat. tak kesah,asalkan sempat makan. time turun,byk dah makanan yang habis, plus org pun dh xberapa ramai. Komen tentang makanan: hmm...tak sedap,ok!huhu. tapi gagahkan diri gak makan sbb takut lapar. tgh syok2 makan, lalu la 2 org manusia yg agak dikenali. Eh, Sarjan Misai la. dgn Koperal Lingam. diorg dtg bercuti ke?eceh! nak pi tegur n bergmbr,segan lak. last2 ckp dlm hati,xpe, esok lusa bole jumpa lagi.eceh!haha. then excited la beritahu member2 yang makan awal drpd kitorg. trus keluar cerita yang Yusof Haslam pun menginap kat situ.what??dok sehotel dgn retis?aww..bangga u.hahahaha. excited lak jumpa retis kat luar negara uolss..rasanya kalo kat KL,xheran kot.kikiki.then,sume org pakat naik bilik blk amik baju la,hape la.aku lepak kat lobi smbil borak2 dgn mmbr sorg. tetiba ada sorg mamat tinggi-hensem-gile-mcm-orgputih lalu, pakai topi tinggi mcm org rusia tu.aku pun pandang sekilas,pastu bisik kat mmbr, pehh..kalo dpt topi tu mesti best gile. then ada mmbr cakap, yusof haslam tgh sarapan. aku pun, "eh,mamat td tu yusof haslam ke?".serius,aku pandang sekilas je masa dia lalu,dia pun pndg blk, tp aku mmg xperasan. bila dia masuk balik,mmg kompemla pacik tu.hahaha. apa lagi,gigih interbiu dia sambil ajak bergmbr. tak senonoh ok! pastu nmpk jugak memey, norman hakim n salina saibi. bole x kitorg buat bodo je dgn diorg?hahaha. kejam,ok. bkn kejam,tp tgk diorg mcm dh lbt je,mlsla nk kaco kan..*tgn ke dada,mata ke atas*

gmbr bukti.haha (gambar ihsan hasle halim)

Ok,jom sambung cerita jalan2. jangan lari topik ye,cik Suhana ooii!haha. First destination: Jade factory. ni adalah kedai kerajaan. mmg wajib pergi kalau ikut trip yg ada guide. kat sini diorg dok bercerita camne jed dihasilkan,jenis2 batu jed,etc. aku bkn pay attention sangat pun dia membebel apa. kejam x?haha. macam biasa, lepas penerangan, depa suruh la tgk kedai jed.sila la beli ye kawan2. aku xmmpu.kikikiki. tapi last2 beli jugakla something: roller muka n mata yg diperbuat drpd jed. diorg ckp,kalo beli kat kedai goverment,terjamin sikit keasliannya. aku hrp pun camtu. beli satu utk hosmet tersayang yg xjoin,dan satu lg utk aku. harganya,kalo xsilap aku, 70yuan satu (RM35). 
hahaha.muka cam hape.time ni depa bg try gelang jed.tp aku xmampu beli rega ratus2 ni.huhuhu. (gmbr ihsan hasle halim)

bapak beso jed ni.gigih kan diorang engrave.huhuhu. kalo xsilap aku, kobis ni maksudnya "rich"


Next station, Burning Cream Centre. again,kedai government. terpaksa la tgk diorg demo pegang besi panas segala. ok, mmg aku kagum tgk lps diorg sapu krim tu,tgn yg melecur xde kesan. tapi harganya mak aih,agak mahal la. so,kitorg keluar tanpa beli apa2.

tempat testing burning cream.snap sblm tukang bg demo masuk.hihi

then, gi terjah lak another kedai barang kemas. aku lupa la kedai apa. kalo xsilap,kedai gelang batu gakla. kristal kot. haha. siap buat demo kristal tak calar segala. ok,mmg aku berkenan sbb diorg dok gerudi spek yg pakai cermin kristal. mcm biasa, lps tgk demo,kena tgk brg2 yg dijual. serius aku berkenan dgn spek diorg, agak murahla berbanding kalo beli yg kat Malaysia. cermin xpecah lagik. tapi sayang, power aku xdak. hanya ada power 500 ke bwh.aku rasa kalo ada power aku tu,harus aku sambar satu.hihihihihi

dia gerudi cermin mata.pehh!! (gmbr ihsan hasle halim)

Lepas dh sudah membeli belah dan tgk demo, makan time! gi lunch dulu, sblm nk panjat great wall. kira early lunch la. ok,serius lunch dia sedap.haha.mmg mkn bykla.

Next station: tempat yg ditunggu2..Great Wall of China!mmg the main reason kami ke Beijing ni.nk panjat salah satu drpd 7 wonders of the world. tercapai gak cita2!risau gak pancit tgh jalan,almaklum, mmg xeksersais sblm fly ke beijing. mls cerita byk.lyn gmbr jelah.hehehehe
masih ada sisa salji..nice!

tgkla kadar kecuramannya.gayat seh!huhuhuhu






lepas great wall, kita pi kedai teh. disebabkan adik yg tunjuk cara minum teh tu comey n pandai cakap serta pandai buat lawak, so kitorg semua beli la.hahaha. pandai kedai tu hire pekerja.

mak suka gambar ni.muahahaha


then,gi dinner lak. pas dinner,gi terjah Hard Rock Cafe. idakle beli souvenir HRC pun.just bergmbr depan tu je.hahaha.pastu,berambus blk hotel.ngeee



Wednesday, July 13, 2011

Spring Waltz la sangat...KOREA (17 Mei)

Setelah dilahar beberapa das oleh "pengikut tegar"(xsangka i glemer.ahaks!), maka terhasillah post ini. xsangka korang sayang kat aku ye..eheh(kaitan??hahaha)


Hari ke-2 di Seoul. Pepagi buta kitorg dh dibawa ke Seoul Zoo(motif gi zoo???ikut sajalah.hehe)



muka2 ceria di zoo..yg plg hujung tu,gaya mmg serupa dgn gmbr di dinding.err...masa ni tgh dok menahan kesejukan. salute pada yg no 3 dr kanan tu.sejuk2 pun dia bole pakai baju lengan pendek.hehe




mls nk paste seketul2 gmbr.aku buat rumusan jelah. kitorg kat zoo ni sekejap je. sbb TA dh misskomunikesen. salah bwk tmpt yg sepatutnya kitorg gi. so kitorg masuk zoo tu semata2 naik tram jelah,sesambil tgk kekanak yg outing beramai2.


Next station, National Museum of Korea...pehh..tgk.gi Zoo, gi Museum..sungguh berinformasi tau.haha







penerangan gambar (sila klik untuk gmbaran yg lebih jelas)

1. aku lupa ni apa.haha.bole??
2. jumpa SS daaa(SS for Suhana Sobi.kekekeke)-mendalah ni pun aku lupa ape.hehe
3. Mr Jeong dok cerita pasal sejarah Korea. bagus gak.boleh tau sejarah. masa ni rasanya dia sedang cerita tentang Hangul (tulisan korea) yg ada influence Chinese character.
4. dalam muzium
5. ni kat lobby muzium. muzium ni masuk free. tp kalau ada special event, kena byr la.
6. bergmbr dgn bebudak skolah.aku rasa budak skolah rendah ni.dh sama tinggi dgn kitorg dh.


Next station, ke Itaewon pulak untuk makan tengahari. Hari ini kitorg xjadi vegetarian lg. diorg bwk makan tandoori. yeehaa!!! akhirnya jumpa nasik mcm kat mesia. best2!mmg licin pinggan memasing. (aku hutang gmbr gak kat sini ye.hehe)


lepas kenyang makan, trus ke masjid Itaewon. sebelah je dgn restoran tmpt kitorg lunch tu.





Kat Itaewon ni, banyak foreigner. banyak askar US (sbb ada US military base camp kat area ni). kalau nk cari makanan halal, mmg bykla kat sini. restoran ada, halal mart ada. tak payah susah2 pening kepala fikir makanan ni boleh mkn ke x..makanan tu boleh mkn ke x..tp harga boleh tahan la. org Malaysia pun ramai.rasanya jln 2-3 langkah boleh jumpa org Malaysia.either student or yg jln2.



penerangan gambar (sila klik untuk gmbrn yg lebih jelas)
1. pintu gerbang Itaewon.aku bergmbr dgn beskal pink.sapa punya ntah.haha
2. I'm at Itaewon!!hehe
3. ni Hanbok utk kekanak.ingat nk beli selai utk Bella, tp agak mahal la. kalo convert duit kita,rm100 lebey.huhu
4. pemandangan kawasan Itaewon
5. pacik wat eskrim ni pandai berlakon la. (makan Turkish ice cream)
6. nilah rupa Turkish ice cream.kalau tonggang eskrim tu ke bwh, xjatuh.rasa dia gummy2 sikit,tp sedapppp....




Next station: Seoul world cup stadium. Seoul dgn Japan kan jadi host masa world cup 2002. so,dptla melawat stadiumnya.dan juga ada muzium world cup kat dalam stadium tu.





penerangan gambar (sila klik untuk gmbrn yg lebih jelas)
1. team Malaysia tu. hahahaha.
2.permandangan stadium
3. fefeeling penonton. tp semua seat lain kosong.haha
4. peace bersama Ahn Jun Kwan (eh,betoi ka ejaan ntah.hehe)
5. gigih aku jadi goalie.hahahahaha
6. maskot2 world cup 2002
7. main bola lg.kali ni jadi striker lak.hehe
8. motippp gmbr team Malaysia ni keluar dua kali??errr...


Dah penat berguling2 kat padang (ok.ini tipu.mana boleh guling2 kat padang.ada tape CSI kaler merah kat situ.xbole masuk padang.huhu), masa untuk dinner. makan ikan bakar lak. yg paling sedap, octopus pancake.skali pandang mcm telur dadar,tp rasanya...pehh..mabeless!!!!!masa ni masing2 mangkuk nasinya dh agak licin. dh boleh adapt mknan Korea kot. haha.(gmbr aku hutang jap ek.sbb xsmpt compile)

Dah kenyang, balik guest house la. malam tu jalan2 kat pasar Myeongdong pulak.nnti aku update gmbr ek.penat leher dh ni.huhuhuhuhu


p/s: atune & shima bulma. hutang satu entry aku dh setel. esok aku update lagi 2 entry.v(^__^)v

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...