Showing posts with label teater. Show all posts
Showing posts with label teater. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

jalan jalan tengok teater

Kali kedua layan teater selepas Lat the kampung Boy. thanks to encik Azmi sebab sudi belanja i tgk teater.eceh! Memula risau gak before nak tgk.coz ini jenis teater berat. haruslah ala-ala rasa nak tido,kan. (my sis cakap bosan sikit coz banyak ckp,plus dia tgk waktu malam. so 2-3x gak terlelap)..nasib baik aku tgk show jam 3 petang.

Teater Badai Semalam: diangkat daripada naskhah tulisan Khadijah Hashim. Rasanya ramai yang dah pernah baca novel ni. aku??err..jujurnya tak pernah. tu yg gigih beli novel tu lepas hbs teater ni.

ok. secara ringkas. watak-watak utama dalam cerita ini:

Mazni (Erra Fazira): seorang gadis yang terpaksa korbankan zaman persekolahannya utk bekerja disebabkan tidak mahu terima bantuan dari orang lain (dalam kes ini: bekas tuan rumah tempat ibunya bekerja sebagai pembantu tuan rumah bagi dia dan ibunya bilik untuk tinggal walaupun ibunya x lagi bekerja disitu); kena pergi sekolah.jaga mak sakit.

Karim (Aaron Aziz): anak bekas majikan ibu Mazni. playboy. xde arah tujuan hidup, selalu berpoya-poya walaupun ada pendidikan yang baik. berubah lepas eksiden dan jatuh cinta dengan Mazni yang sanggup jaga dia sepanjang dia sakit. mula berubah kembali lepas kahwin dengan Mazni dan Mazni terlalu tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Zaki (Fizz Fairuz): dia ni minat dgn Mazni. awal2 aku ingt dia ni bf Mazni. rupa2nya dia xpernah luahkan perasaan pada Mazni. bakal doktor. selalu bagi semangat pada Mazni utk belajar. frust masa mazni kahwin dgn Karim. but still menanti Mazni sampai ke akhirnya..

Mak Bibah (Ziela Jalil): mak Mazni. bekas org gaji yg bercita2 tinggi nak tgk anak dia masuk U. lakonan ziela jalil sgt berkesan.menangis aku tgk dia.huhuhuhu

Puan Rohana (Umie Aida): Mak Karim. senang percaya cakap orang. nak2 kawan dia Puan Mahani (Emelda Rosmila).

Sinopsis penuh cerita: (credit: istana budaya. aku copy paste je.hehehehe)

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
SINOPSIS BADAI SEMALAM (credit: Istana Budaya)


Komen aku tentang teater ini:

1. kalau tengok jalan cerita, memang tipikal drama swasta. org kaya hina org miskin. fitnah memfitnah. dengki mendengki. kak nam jaja cerita tak betul. anak org miskin tak boleh berjaya. etc. tapi cara penceritaannya atas pentas, boleh la layan. (sebab aku tak tertido,kira berjaya la tu,kan..hehe)

2. disebabkan novel ini diterbitkan sekitar tahun 19760-70-an (kalau xsilap aku la)..so pakaiannya mmg ala2 zaman pop yeh yeh/disco la..dgn rambut tebuan cukup..dan mungkin sebab pada zaman itu, org pandang rendah pada org miskin (ini pendapat aku jelah, almaklumlah, aku blom lahir lagi time tu.hehe), that's why,ada part yang aku rasa tak logik kalau diambilkira jika berlaku pada zaman sekarang. so,xboleh nak komen bykla.

3. watak Puan Mahani (Emelda Rosmila) memang superb.gelak guling2 aku tgk dia. mmg gaya kak nam joyah sungguh. hehehehe. gandingan dia dgn Mak Ton (pembantu rumah Pn Rohana) mmg lawak. ni dialog best antara mak ton dgn puan mahani.(ni bkn ayat sebijik2 ye.dh diolah sbb aku dh xbrp nk ingt..hehe)

"eh,kau kan duduk serumah. takkan tak tau pasal hubungan sulit diorang??" (mahani)
"haaa...kan dah tau tu..dah tak sulit la namanya kan???" (mak ton)

4. ayat yang aku paling ingat:
"takpe kalau memperbodohkan diri untuk menjadi pandai..jangan memperbodohkan diri untuk jadi lebih bodoh..yg tu mmg bodoh namanya.." (Mazni)

5. lagu-lagu dalam cerita ni best. tapi silap lak aku xbeli cd kompilasi lagunya.

6. Walaupun ramai yang kesian dengan Mazni, aku lagi kesian dengan Zaki sebenarnya. penat dia tunggu Mazni sampai ke sudah.last2 Mazni blah je tinggalkan dia gi KL sambung belajar. huhuhuhu.



Ok.jom layan gambar. kali ni xde sesi bergambar dgn retis ye. sebab tgk tayangan petang.huhuhu.tu yg bergambar dgn patung kadbod sahaja.


jasmin hamid: gedik gila. nak2 time dia goda Aaron Aziz. tak sesuei ditonton oleh kekanak skolah.muahahaha. emelda (pn. mahani): sangatlah kak nam...hahahaha


dengan 3 pelakon utama: karim, mazni dengan zaki.

ni satu2nya gmbr yg clear aku snap aritu.nasib baik ada jugak.huhuhuhu.
emelda, fizz fairuz, pengarah, aaron aziz, erra, umie aida.

poster-posteran..

p/s: tu dia..amik masa tul nk karang cerita..ni pun xcomplete sangat.agak2 aku ada idea lain.aku tambah kemudian ek!

Sunday, March 27, 2011

Berbaloi2!!

makcik suko!!makcik suko!!sbb makcik dpt bergambo dgn mrs. Hiew (walaupun makcik terpejam mata sbb dh ngntuk sgt.ekekeke)..tingginya rambut dia kan. spek mata makcik pun kalah dgn spek mata dia.stylo siut...ngeh3..

tak sesia macik beli tiket teater rega rm70. berbaloi2.puas hati. lagu2nya sgt best, especially lagu D-W-Y-L, L-W-Y-D dengan lagu Frankie masa kat london tu. rasa nk berjoget skali. Semua pelakon2 pun are doing a very good job. Suara lat masa kecik best. Awie mmg lawak. suara dia mmg xleh nk dipertikaikan lg la. Atilia very de sweet. Frankie Vee (Douglas Lim) best jugak. Watak paling macik minat, watak Kudin yg tulis berita mcm tulis surat chenta tu (macik xkenal sape yg berlakon sbb macik dok jauh.huhuhu). pendek kata semua best lah. props2 dia pun sgt cantik.rumah kampungnya, sebijik mcm dlm kartunnya. tp bila dh hujung2 cerita, dh mcm tgk konsert Awie la pulok. ahaks! ekceli, macik ni xpandai nk review filem, ni kan pulak nk review teater. rasanya pasni macik nk tukar hobi macik drpd tgk wyg ke tgk teater plak.


tapi...

motiff kak limah, usop dgn "ce citer.." pun tetiba wujud dalam cerita ni??oh lupa...Lat dgn Mamat Khalid kan adik beradik...ngeee..

Overall...

macik sokong korang2 gi tgk citer ni..mmg menghiburkan. gelak xhengat je td, walaupun ada gak part yg sedey2 n boring2 sket tu..biasaklah tu. tp part yg sebut pasal malaikat maut tu macik kureng berkenan sket walaupun macik terikut sama gelak td. lain2, mmg 4 thumbs up la (kira skali dgn ibu jari kaki ye..)


p/s: ah,kenapa Hans Isaac xde masa sign2 otograp td. macik mmg teringin nk bergmbo dgn dia. bole macik fefeeling berkapel dgn dia jap.ahaks!

p/s 2: nanti kalau macik rajin,macik hapdet gmbr lg ye..


Thursday, March 17, 2011

jom serbu istana budaya!



Semalam aku dah beli tiket nk tengok Lat Kampung Boy: Sebuah Muzikal. Hari Sabtu, 26 April 2011, jam 8.30 malam. beli tiket yg bukanlah paling murah,tp agak murahla.dapatla seat yg agak terkebelakang. harap2 xdelah jauh sgt drpd pentas.


ni first time aku nk tgk teater (eh,jap.dulu masa kat uum pernah gak tgk teater skali kot). first time jugak nk menjejakkan kaki di Istana Budaya. apsal aku excited sangat ntah nk tgk teater ni??


  1. sbb aku teringin nk tgk awie jadik Lat.adekah serupa??
  2. sbb ITNM. kakak aku kan kerja kat ITNM. pastu dia kata dia dpt tiket free lak tu. tp aku ttp kena beli tiket sendiri sbb dia dpt tiket masa hari bekerja.xkan aku nk blk KL pada hari bekerja.huhuhu
  3. member aku cakap, member dia bgtau cerita ni best. so,aku nk tgkla sama ada betul best ke x.
  4. memula ingt awie akan berlakon jadi budak dalam komik Kampung Boy tu. tu yg excited nk tgk. tp rerupanya dia jadi Lat bila dah dewasa. tak kesahlah. hehe
  5. nk beli merchandisenya. yeehaa!!


Aku ni bknlah peminat tegar kartun Lat ni sbnrnya. tapi aku membesar dgn melihat kartun2nya dlm suratkhabar. kadang2 aku lyn gak kartunnya kat Astro Ceria tu. aku suka tgk watak cikgu Cina dia yg rambut tinggi tu.sapa ek namanya?hehehe. lagi satu,aku suka watak opah. hehe. agak2 ada tak watak opah dalam teater ni?



tak sabar nk menunggu minggu depan. nanti aku buat review pasal teater ni. cuma gmbr2an tu, maybe susah sikit kot sbb aku yakin gmbr mesti kecik kalau aku snap dari seat yg aku beli tu.

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...