Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Ai di Beijing-Day 4(22/3/2012)

Ok..berzaman baru boleh update cerita..ampunn!!kemalasan melanda..byk hari lagi ni..belum masuk trip korea lagi..huwarghh!!

Ok2, sambung cerita..Day 4..pagi ni sangat sejuk dak berkabus..semalam TA dah tnya,"korang nk tgk panda tak??"kitorg excited la,coz dlm itinerary mmg xde agenda melawat panda yg chomey tu..tapi kitorg kena byr tiket sendiri..so,kitorg agree.kunun2 duit byk lebih la.(mmgla byk lagi,sbb belum soping lg.kikikiki). So, agenda pagi hari ke-4 ni ialah pergi zoo melawat panda. bila sampai je,tgk dah rmai yg kerumun nk tgk panda. memula tgk panda yg besar. ada 2 ekor,dalam kurungan.kesian je tgk panda ni.dah lapar kot.dia tunggu je tepi cage tu nk tunggu org nak bagi makan.ok,gmbrn panda dlm tv dgn panda yg ni agak xserupa ye.gambaran dlm tv,sangat putih bersih.mungkin sbb itu panda liar.yg dlm kurungan ni,agak comot.tp mereka still comel pada pandangan aku.serius byk snap gmbr mereka,walaupun gaya sama je.

then kami pergi tgk anak panda pula.ok,serius comel.masuk2 tgk dua ekor anak panda tgk duduk atas kerusi goyang n kuda mainan.comell!!pastu diorg main gaduh2,serius comel.lama jugakla ngadap panda2 tu.tak smpat nk beli souvenir sbb rushing. rushing sbb agenda melawat panda ni xmasuk iti.

panda dua beradik tgk bergurau senda

dia punya pose tak bole blah

ni la panda yg kebuluran tu.syian dia.

anak2 panda yg comel dan hyperactive

susah tul nk snap gmbr dgn panda2 ni

Ok,next station, gi Olympic stadium. agak frust sbb gi jln2 area tu dlm keadaan berkabus.nak snap gmbr pun agak xcantik.ok,jln drpd jalan besar masuk ke Olympic stadium tu agak jauh.gigih gakla menapak dlm kesejukan tu. plus terpaksa menahan diri dan menyengih kat penjual2 souvenir area tu..jual medal la,jual layang2 la.agak menarik,tapi mmg xde rasa nk beli langsung. ok,serius kagum tgk senibina stadium ni.mmg mcm bird nest.lama jugakla nganga kat sini tgk keindahan bngunan.takleh masuk pun.kalo nk masuk kena byr lain.so kitorg bergmbr sakan depan stadium jelah..depan bird nest ni adalah water cube a.k.a National Aquatic Center. ni satu lagi bangunan yg cntik.tapi kalau dtg waktu malam mesti lg cantik..xkisahlah,asalkan dapat smpai dan tgk depan mata pun dh cukup seronok.
sesi melumpat dgn gembira..haha




frust.xleh nk amik gmbr water cube ni time dia kalerful.
ok,pose tak bole blah.haha

cute kan van pulis ni.hehe
me in front of the bird nest stadium^^


Next station (lepas lunch), sesi nyoping katanya.bawak gi kedai2 government lagi. first kedai is kedai barang kemas. yg nilah katanya bos kedainya org malaysia.seronok tgk org malaysia dtg, siap bagi free rantai jed.siap suruh kitorg stay sana kerja dgn dia.ok,layankan jelah.walaupun byk dpt info,beware dgn dia ni.dlm beware2 pun,aku sambar gak gelang jed bulat2 3 ketul rm50.xtaula jed ori ke x,aku redha je.kongsi lak dgn mmbr.hihi.nsb baik 3 ketul rm50,kalo tipu pun idakle ralat sgt.sbb agak murah. (kat sini xdan nk menyenap gmbr.dok ralit dgn bos depa tu bercerita.hehe)

then keluar drpd kedai dia,ada org jual souvenir.boronglah sikit2 brg.kot2 xjumpa kedai souvenir yg murah lg esok2.agak murah jugakla kat situ.

pastu sambung ke kedai kitchen appliances. tgk org buat demo pakai pisau. tukang demo tu siap injured lagik.terpaksa gmti dgn org lain. pisau2nya pun nmpk menarik,tp xtaula.agaknya sbb xde niat nk soping brg2 mcm tu plus xbwk duit byk,trus xbeli.walaupun org ckp,pisau2 diorg mmg tahan lasak.

adik-adik,meh beli pisau.akak,masalahnya,adik ni kat umah mls masak.hahaha

Then,kami dibawa ke pearl center.tempat jual pearl/pearl cream. yg ni adalah fresh water pearl,bukan laut punya. dia siap demo kopk oyster,suruh kitorg teka ada brp pearl dlm seekor oyster.sapa betul,dpt free pearl. Alimie teka betul,so dia la yg dpt seciput pearl. then lps penerangan,sesi menggoda kami utk beli brg depa. pearl cream la, pearl necklace la.serius xde rasa nk shopping jugak. bila xmo beli,ajak TA keluar, tp TA kata tak boleh keluar lagi.kena stay lagi 15minit.so dlm masa 15minit tu,diorg keep pushing us to buy.aiyoo..siap turunkan harga lagi.dah kata xmo beli pun suruh beli.last2 kitorg ramai2 lari nyuruk dlm toilet.haha.ingtkan pas 15minit keluar toilet,diorg xpujuk.skali kena pujuk gak.xtau nk lari mana dah..nasib baik pujukan xberjaya.kikiki

sesi megopak oyster..


Wangfujing Street
ni la jadiknya kalo dah tak ketahuan nk buat apa.hahahah

Ok,destinasi terakhir sblm dinner,Wangfujing Street.tempat shopping2 org kaya..TA turunkan kami,suruh ikut rombongan depan tu jalan.bagi masa stgh jam utk kitorg round2.kitorg yg ala2 blur xtau nk pi mana, jalan jelah ikut flow org.mmg kedai2 mahal kat sini.brnded stuff semuanya.so cucui mata jelah.oh,aku ada shopping barang.beli losyen kat guardian..hahaha.aku assume,kedai2 elit mcm ni,for sure staff nya pandai speaking..nan hadoo.masuk guardian,nk tanya staffnya kat mana kaunter byran, haram dia xpaham.terpaksa aku pusing2 kedai yg kecik tu nk cari kaunter byrn.huhu

lepas dh pusing2,naik van nk gi makan.baru nmpk food stall byk2 tepi jln.baru terfikir yang kat sini juga la food street  yg famous tu.tp disebabkan kitorg ala2 blur xtau nk gi mana,kitorg miss nk jln2 situ.agak geram dgn TA tu jugakla sbb xkabo kat kitorg.tp nk wat mne.xkan nk suruh dia patah balik.

So, lepas dinner,balik hotel.tido.hehe

Wednesday, May 30, 2012

Ai di Beijing-Day 3(21/3/2012)

Baru hari ke-3?aiyoo..byk lagi nk kena update ni.aiyarkk..Aci dak kalo nk update gambar je tapi xmo cerita panjang?kikikiki

Kita mulakan dgn gmbr ni. pagi yg sungguh best sbb jumpa abg Nuar. ahaks!


Abg Nuar join rombongan Yusof Haslam coz dia nak buat MV lagu dia yang jadi lagu latar filem baru anak Yusof Haslam (bukan Shamsul Yusof ye,yg lagi sorg tu. gua lupa nama.) ingt nk bergmbr sorang2 dgn dia, tapi dia jawab, "abg dah lambat ni..sori ye.." Abang hoccay!! pengsan jap.kikikiki

Dah..dah..meh cerita pasal jalan2 lak. suka nau meroyan pasal retis.kikikiki.ok, day 3. Destinasi pertama is Tiananmen square. Cuaca dah kurang sejuk berbanding hari kedua.tapi still gigil la.Kitorg bernasib baik coz masa kitorg ke Tiananmen Square, idakle ramai sgt manusia. TA cakap coz ada perjumpaan parlimen ke apa ntah. Dia siap ckp, pandai kitorg pilih date nk dtg.sbb selalunya mmg ramai manusia kat sini.

blkg tu muzium.tp aku lupa muzium apa.

hihi.kosong kan dataran ni.

sat je jalan kat sini. amik2 gmbr,trus lintas jalan ke Forbidden City. Time nak masuk kawasan tu,mmg agak ramai la.agak bersesak2.sbb jambatan kecik kot.tapi bila dah masuk tu,bole la jalan2. TA suggest kitorg masuk kot pintu lain. means kami xkan pergi ke main palace sebab ramai sangat org.takut tak cukup masa. kami ikut sahaja.pintu lain pun ok, tengok bilik2 kecil je pun ok.xde masalah.hehe

kitorg xmasuk ke sana.trus ke dpn,masuk pintu lain. @forbidden city
 then,kami lunch n trus  ke masjid. lupa nk snap nama masjid ni. tapi masjid ni sangat cantik interiornya.
kat luar tu ada jual wepang (korg tau kan apa ni?hehe). berlagak xmo beli lagi sbb dh lmbt. ingt jmpa lagi nanti.nan hadoo..sampai ke sudah xbeli.frust!

rupa bentuk semejid tersebut

 lepas ke masjid, pergi "urut tapak kakai" pulak..bersedia utk didiagnos dgn macam2 penyakit ye kawan2. hehe. masuk2 tmpt tu je,gua trus lari cari toilet.yelah,risau karang time dia urut2 kaki,terkucil di situ lak.hihi. masuk2 je,tgk dak2 ni dh merendam kaki plus dgr ceramah kesehatan. oh,yg urut tu muda2 belaka ye. ingt nk request tukang urut perempuan,tapi ada sorg je n dh kena tarik dgn mmbr. so,redha jelah diurut oleh lelaki. then masuk bbrp org lagi. disaspek sensei. oh,betul. senang gile pacik tu diagnos aku.tgk tapak tgn, tgk muka pucat,dia kata aku anemia.oh,gua mmg lama dh tau gua xcukup darah.dia offer nk bg prescription,tapi gua tanak. mampuih kalo kena beli ubat mahai.tapi mmbr sblh lg best. pacik tu tgk tgn dia,pastu pandang muka aku,then sengih.pastu trus tny mmbr, nk berubat x?tanpa bgtau sakit. mmbr blur la.bila aku bgtau yg,actually masalah kitorg tu sama,baru mmbr tolak xmo berubat. ada sorg lg mmbr kena diagnos barah rahim kalo xsilap.kena beli ubat yg mhl gile.last2 mmbr but bodo gak. haha. bkn xmo percaya,tp cara diorg diagnos tu mcm mencurigakan. n ubat mahal gile.xmampu macik oii..

abaikan kehuduhan kaki.haha.mcm rendam dlm uncang teh je.kikikiki

muka masing2 dah bengang sbb jualan ubat mereka tidak berjaya. urut kaki pun,mula2 best,tp bila kitorg deny nk berubat, trus urut ala kdr..tapi kitorg pedulik hapa kan.haha. pastu, trus ke next pittstop--> Summer palace. org ckp tmpt ni sgt ctik time summer.kitorg pergi bkn summer.still cantik,n brrr...sgt sejuk e kwn2.angin sangat kuat. katanya raja dulu2 bina istana di sini utk wife dia utk tgk cahaya bulan, n menyejukkan diri di kala panas summer. tapi tmpt ni mmg cantik sangat..dan aman damai. kat sini bertembung dgn mamat omputih yg ensem gile jln sorg2. nk tepek ke gmbr mamat tu??nnti gua cari.haha

nice view, rite????

lepas tu,kami dibawa ke muslim supermarket.tmpt jual makanan halal.byk jugak jual kuih2 yang mmg kompem hala.bole je nk shopping kat sini utk bwk blk.tp masalah,diorg xpaham apa kita ckp.so nk rasa mknan pun tak boleh. nampak fruit candy ni. mmg teringin nk rasa,tp xberani beli tepi jalan sbb diragui kehalalan. so,beli di muslim supermarket, berjaya gak rasa. sedapppppppp sangattttt!
juga berjaya beli keledek bakar. sangat manissss...puas hatiiiii!!! ^^

serius sedap!

Next,rushing nak tgk akrobatik. amik port baek punye..mmg lyn la tgk akrobatik ni.kagum dgn dak2 ni.mesti training sejak kecil. walaupun dh selalu tgk akrobatik kat tv,tapi dpt tgk depan mata bole buat korang nganga jugakla. nak2 part moto dalam glob tu.bkn takat 1 moto ye kawan2, sampai 4-5 moto. pandai diorg syncronized. plg penting,sorg brader bawak moto itu sangat hensem.lagi hensem dari retis korea uolss..kitorg request nk bergmbr dgn dia,tp dia xbg unless kitorg beli cd performance diorg.apakah??last2,snap dari jauh jelah.

abg yg no 2 dari kiri kita tu la yg ensem.awww...

habis akrobatik,makan dinner,pastu blk hotel.mlm tu,lyn tv jelah walaupun xpaham.kikikiki

Friday, May 11, 2012

Ai di Beijing-Day 2 (20/3/2012)

Bangun pagi. bersiap2 nak memulakan jalan2 cari pasal. disebabkan semalam kesejukan sebab tak pakai proper attire, hari ini lebih bersedia. Turun bawah,makan sarapan (sarapan disediakan oleh pihak hotel). Me and roomie turun agak lambat. tak kesah,asalkan sempat makan. time turun,byk dah makanan yang habis, plus org pun dh xberapa ramai. Komen tentang makanan: hmm...tak sedap,ok!huhu. tapi gagahkan diri gak makan sbb takut lapar. tgh syok2 makan, lalu la 2 org manusia yg agak dikenali. Eh, Sarjan Misai la. dgn Koperal Lingam. diorg dtg bercuti ke?eceh! nak pi tegur n bergmbr,segan lak. last2 ckp dlm hati,xpe, esok lusa bole jumpa lagi.eceh!haha. then excited la beritahu member2 yang makan awal drpd kitorg. trus keluar cerita yang Yusof Haslam pun menginap kat situ.what??dok sehotel dgn retis?aww..bangga u.hahahaha. excited lak jumpa retis kat luar negara uolss..rasanya kalo kat KL,xheran kot.kikiki.then,sume org pakat naik bilik blk amik baju la,hape la.aku lepak kat lobi smbil borak2 dgn mmbr sorg. tetiba ada sorg mamat tinggi-hensem-gile-mcm-orgputih lalu, pakai topi tinggi mcm org rusia tu.aku pun pandang sekilas,pastu bisik kat mmbr, pehh..kalo dpt topi tu mesti best gile. then ada mmbr cakap, yusof haslam tgh sarapan. aku pun, "eh,mamat td tu yusof haslam ke?".serius,aku pandang sekilas je masa dia lalu,dia pun pndg blk, tp aku mmg xperasan. bila dia masuk balik,mmg kompemla pacik tu.hahaha. apa lagi,gigih interbiu dia sambil ajak bergmbr. tak senonoh ok! pastu nmpk jugak memey, norman hakim n salina saibi. bole x kitorg buat bodo je dgn diorg?hahaha. kejam,ok. bkn kejam,tp tgk diorg mcm dh lbt je,mlsla nk kaco kan..*tgn ke dada,mata ke atas*

gmbr bukti.haha (gambar ihsan hasle halim)

Ok,jom sambung cerita jalan2. jangan lari topik ye,cik Suhana ooii!haha. First destination: Jade factory. ni adalah kedai kerajaan. mmg wajib pergi kalau ikut trip yg ada guide. kat sini diorg dok bercerita camne jed dihasilkan,jenis2 batu jed,etc. aku bkn pay attention sangat pun dia membebel apa. kejam x?haha. macam biasa, lepas penerangan, depa suruh la tgk kedai jed.sila la beli ye kawan2. aku xmmpu.kikikiki. tapi last2 beli jugakla something: roller muka n mata yg diperbuat drpd jed. diorg ckp,kalo beli kat kedai goverment,terjamin sikit keasliannya. aku hrp pun camtu. beli satu utk hosmet tersayang yg xjoin,dan satu lg utk aku. harganya,kalo xsilap aku, 70yuan satu (RM35). 
hahaha.muka cam hape.time ni depa bg try gelang jed.tp aku xmampu beli rega ratus2 ni.huhuhu. (gmbr ihsan hasle halim)

bapak beso jed ni.gigih kan diorang engrave.huhuhu. kalo xsilap aku, kobis ni maksudnya "rich"


Next station, Burning Cream Centre. again,kedai government. terpaksa la tgk diorg demo pegang besi panas segala. ok, mmg aku kagum tgk lps diorg sapu krim tu,tgn yg melecur xde kesan. tapi harganya mak aih,agak mahal la. so,kitorg keluar tanpa beli apa2.

tempat testing burning cream.snap sblm tukang bg demo masuk.hihi

then, gi terjah lak another kedai barang kemas. aku lupa la kedai apa. kalo xsilap,kedai gelang batu gakla. kristal kot. haha. siap buat demo kristal tak calar segala. ok,mmg aku berkenan sbb diorg dok gerudi spek yg pakai cermin kristal. mcm biasa, lps tgk demo,kena tgk brg2 yg dijual. serius aku berkenan dgn spek diorg, agak murahla berbanding kalo beli yg kat Malaysia. cermin xpecah lagik. tapi sayang, power aku xdak. hanya ada power 500 ke bwh.aku rasa kalo ada power aku tu,harus aku sambar satu.hihihihihi

dia gerudi cermin mata.pehh!! (gmbr ihsan hasle halim)

Lepas dh sudah membeli belah dan tgk demo, makan time! gi lunch dulu, sblm nk panjat great wall. kira early lunch la. ok,serius lunch dia sedap.haha.mmg mkn bykla.

Next station: tempat yg ditunggu2..Great Wall of China!mmg the main reason kami ke Beijing ni.nk panjat salah satu drpd 7 wonders of the world. tercapai gak cita2!risau gak pancit tgh jalan,almaklum, mmg xeksersais sblm fly ke beijing. mls cerita byk.lyn gmbr jelah.hehehehe
masih ada sisa salji..nice!

tgkla kadar kecuramannya.gayat seh!huhuhuhu






lepas great wall, kita pi kedai teh. disebabkan adik yg tunjuk cara minum teh tu comey n pandai cakap serta pandai buat lawak, so kitorg semua beli la.hahaha. pandai kedai tu hire pekerja.

mak suka gambar ni.muahahaha


then,gi dinner lak. pas dinner,gi terjah Hard Rock Cafe. idakle beli souvenir HRC pun.just bergmbr depan tu je.hahaha.pastu,berambus blk hotel.ngeee



Dimulakan dengan bismillah...

The day before (18/3/2012)

Flight Penang-KL jam 11++ pagi. pergi awal coz bole lepak2 tido dulu kat homestay yg di book.yelah,kalo gi lambat,rugi je kan byr. Sampai KL tengahari. trus cari van ke Kota Warisan. cadang nk terjah belon panas putrajaya petang tu,tapi tak brp bertuah coz semua kereta sewa kat area KL tak available.(what the.. semua org KL pakai kereta sewa ke?arghh..) last2 petang kami dipenuhi dgn sesi jalan kaki ke kedai makan dan pasar malam berhampiran. Malam tu patutnya kena tido awal coz esoknya jam 5.30 pagi dh kena gerak ke LCCT. tapi gigih lak layan Adnan Sempit 2 online (mempergunakan WiFi free yg ada.ngeh3)

Hari kejadian (19/3/2012)

Bangun pagi,gosok gigi,cuci muka, terus mandi..Jom gerak ke LCCT! mata pun dh ala2 segan nk dibuka. lepas check in dan campak luggage, nganga la kat LCCT tu jap sblm naik flight.

muka2 eksaited  ahlil rombongan+camerawoman. gmbr ihsan Hasle Halim
Cerita atas kapalterbang tak pyh elaborate la kan.nnti jadi panjang lak. ngee..kita cerita masa kapalterbang approaching Tianjin. Dari atas, teruja je nmpk sisa2 putih atas bumbung bangunan.cuit2 cik sheela,ckp ada salji. pastu sendiri geleng kepala, bukan kot. mungkin bumbung bangunan tu dh bertukar warna dari biru jadik putih. bila dh makin dekat dgn daratan,makin teruja.sbb mmg salji la yg kitorg nmpk tu. seronok!!almaklum, masa gi London dulu, excited gi sana time winter, tapi sebijik salji pun xjumpa.frust ok!

Kitorg turun flight masing2 dgn senyuman lebar..tak sabar nk tgk salji walaupun hanya tinggal sisa. Lepas dh ambil beg semua, jumpa dengan our guide, miss Lily. comel n pandai speaking english (aku lagi prefer dia speaking english drpd bahasa Indonesia. coz sometimes ada perkataan Indonesia yg tak difahami). Miss Lily suruh kitorg gi toilet siap2, coz perjalanan dari Tianjin ke Beijing agak memakan masa.

Ok, elok je kitorg keluar drpd airport tu,semua org pakat terkejut disapa angin sejuk. hambik ko, lagi sejuk dari ekon.dahla masing2 pakai sweater yg agak nipis.  Miss Lily cakap, beg kitorg akan naik van, kitorg lak akan naik bas dan bullet train. masa tolak beg2 menuju ke van, nmpk sisa2 salji kat celahan pokok. excited lagi! so, mintak kebenaran Miss Lily utk bergmbr dengan salji. ok, aku mengaku, kitorg mmg jakun.hahahaha.

muka2 excited+kebekuan kat airport Tianjin. Gambar ihsan hasle halim

jari ini saksi perjumpaanku dgn encik salji.ahaks!

tgk..sisa2 je pun.tp excitednya tak dpt digambarkan.hehe. Gambar ihsan hasle halim
 
Next, mari menuju ke Beijing!kami naik bas sekali dengan lg satu rombongan org Malaysia. biar aku namakan mereka Geng Pakcik Bundle. xpyh elaborate bykla psl pakcik bundle ni la ye.haha.

Memang agak memakan masa perjalanan tu. naik bas ke stesen keretapi,then bullet train ke Beijing. sebelum naik bullet train,kitorg lepak kat stesen keretapi tu coz sampai awal. kebuluran,ok. nmpk keledek bakar panas2, tapi tak berkesempatan nk beli.nasib baik mmbr bawak stok megi n milo dlm beg. so,melantakla megi dan minum milo sekejap. diorg ada sediakan satu bilik untuk amik air panas utk diminum n masak megi.
kebuluran.hehehe. gambar ihsan hasle halim


 bullet train tu laju,tapi kitorg xrasa mcm laju coz still boleh menikmati permandangan. sampai Beijing dah malam. masa keluar2 drpd stesen keretapi tu, terkejut sekali lagi coz disapa angin yg 2x ganda sejuk dari tadi. Miss Lily beritahu, suhu mlm tu -2deg. hambek ko.mmg ketaq smpai ketap2 gigi la.huhuhu..kitorg trus dibawa untuk dinner. nak tepek ke gmbr dinner kitorg?xpayahla kot ye.aku lapar sgt smpai xsmpt nk snap gmbr.hahahaha.tp mcm biasa,makanan mmg penuh meja.semput gakla nk perabih. tp rasa dia,not bad.boleh terima. risau jugak sbb ada kwn yg dh pergi sana b4 ni bgtau,makanan Beijing agak kureng sikit.tapi so far aku rasa aku boleh adapt dgn makanan diorg.

Lepas dah kenyang, balik tido la..hehehehe. asalnya,kitorg diarrange utk stay di Lo Ding Hua hotel. pastu tetiba guide kata kena tukar  hotel lain atas sebab2 yang xdpt dielakkan.redha jelah sambil berharap hotel tu memuaskan. nasib baik jugakla tukar hotel,kalo tak,xdpt jumpa retis.opsss...hehe. Nama hotel tu,kalo xsilap aku, taishun business hotel. 

Ok,sampai hotel, posing2 amik gmbr atas katil jap,pastu basuh muka semua,trus tido. penat beb!esok dh nk mula journey. Sambung cerita hari kedua pada entry yg seterusnya ye.hihihihihih



Thursday, March 08, 2012

masa untuk buat checklist (lagi..)hehe



Lagi 11 hari..mari membuat checklist...kikikiki

checklist:
1. tiket flight--> done
2. accomodation -->done
3. travel agent + airport transport --> done
4. luggage-->done
5. pocket money (4 shopping)--> tukar RM500 je aci dak?kikikiki
6. fast food/packet food --> belum cari lagi
7. what to wear? kasut--> masih survey.kalo xjumpa gak,pakai saja apa yg ada, baju--> warmer clothes done! ^^
8. passport-->sudah renew. so, done
9. tukar duit--> done!
10. tmpat jalan-jalan-->dah setel dengan TA
11. souvenir to buy-->belum pikir lg. bergantung kpd bajet yg ada.
12. simple words untuk memudahkan komunikasi--> errr....hihihihihi
13. visa-->done!
14. berangan--> yang ni dah lama dah buat. muahahaha

checklist Part II:
1. tiket flight--> done
2. accomodation -->done (tapi belum bayar)
3. airport transport --> done
4. luggage-->done
5. pocket money (4 shopping + makan n jalan2)--> done!tapi blm tukarr..
6. fast food/packet food --> belum cari lagi
7. what to wear? kasut--> masih survey.kalo xjumpa gak,pakai saja apa yg ada, baju--> warmer clothes done! ^^
8. passport-->sudah renew. so, done
9. tukar duit--> err..belum lagi
10. tmpat jalan-jalan--> itenarary siappp!!hehe
11. souvenir to buy-->tak payah kot.kikikiki
12. simple words untuk memudahkan komunikasi--> err...kikikiki
13. berangan--> yang ni dah lama dah buat. muahahaha

Monday, March 05, 2012

KERJA GILA



bakal buat kerja gila (gila ke?haha) lagi 2-3minggu..tp idakle terjun gaung mcm gambar di atas ye,kawan2..tp agak gila jugakla.hahaha. sbb ni first time buat,tu yg dianggap kerja gila. boleh jugak dikatakan buang tebiat kot. don't worry, ia tidak melibatkan nyawa sapa2 pun ye..ngeh3.

Thursday, March 01, 2012

Mini Seoul

Hari Sabtu lepas adalah sesi berjalan2 (berjalan ke?hahaha) dengan geng2 persatuan drama2 korea (bak kata Az la. Az,pinjam ayat ko ek..hihi)..Plannya nak join Az, Fiza n Makdik gi Uniqlo tgk baju..tapi planning lari sket sbb hujan + ada hal kena jumpa member. Plan nk makan2 makanan korea kat Sooka Sentral pun batal sebab kedai tutup.haha. last2 kitorg proceed dgn plan jalan2 mini Seoul. haa..dimanakah mini Seoul ittew???

Aku baru tau, kat area Ampang ada satu kawasan yang mmg penuh dengan kedai2, mart2 dan restoran2 korea. Mungkin area tu byk residen Korea kot. term "Mini Seoul" tu,aku xpasti mmg orang yg bagi or Fiza yg bagi.hehe. Habih semua kedai runcit kat sana kitorg masuk..dan inilah hasilnya.....

Biskut kiwi (rupa macam kuih kapit tapi ada perasa kiwi), kopi dalam cawan (chocolate mocha & caramel machiatto), gochujang (chili paste), dan set sudu/chopstik utk travel.

Ada lagi yang tiada dalam gmbr.. Aiskrim pop versi Korea (xsempat nk snap gmbr sbb dh habis.hehe) dan rice cakes (yg ni sedap..inti red bean). Dak2 ni dok pulun beli air botol/tin yg ada gmbr idola masing2. Aku idakle beli,pasal xdak gmbr yang menarik perhatian.haha

Dah puas jenjalan, perut pun lapar..cadangnya nak makan kat satu kedai Korea kat Ampang Point (coz ada baca dalam internet yang kedai tu halal), tapi dok pusing2 kawasan, ternampak lak restoran ni. Az cakap penah masuk Jalan2 Cari Makan TV3. So kitorg pun decide nak terjah....(satu lagi sebab nk terjah ialah tempat ni ada free Wifi.haha)


ni lah restorannya..Sweetree..amik gmbr dah malam..sbb dok ralit makan dan borak dan bergambar,xsedar hari dah malam.hehe. Interior sangat menarik. Harga makanan not bad. kesedapan? utk aku yg baru first time makanan Korea kat Malaysia (except Seoul Garden sbb Seoul Garden just makan yang panggang2 dan bakar2), kira sedapla. Aku amik Dolsot Bibimbap (Bibimbap is served as a bowl of warm white rice topped with namul (sautéed and seasoned vegetables) and gochujang (chili pepper paste)-source: Wiki)..bagi aku rasa dia excellent walaupun aku mkn xhabis. mungkin sbb aku baru sangat lunch kat umah before keluar.

peace sblm makan..hehe.puas hati sbb akhirnya berjumpa jugak bibimbap yang diidam2kan..heheheh

Okey.korang nak tau apa itu Dolsot Bibimbap? kalau yang dah tau tu, abaikan jelah ye. hehe. Menurut allrecipes.com, Dolsot Bibimbap is Korean for Hot Stone Bowl with Mixed Rice (with vegetables, meat and egg).Kira nasik gaul2 dengan sayur2,kimchi,chilli paste dan ada telur mata kat atas.tapi yang ni dihidang dalam Hot Pot, macam sizzling tu. Sebab tu aku suka kot.hehe


Ni ha rupa bentuk bibimbap tu. sekali dengan side dish (kimchi, white radish, garlic and chilli, ikan bilis dan kacang) dan juga sup telur..

Cara makan bibimbap ni, gaulkan saja nasik tu bersama sayur2 yang ada dalam tu.kalau nak pedas lagi,boleh tambah chilli paste (diorg ada bagi extra utk tambah)..pastu makanlah dengan lahapnya..aku suka coz sayurnya cuma timun yang diracik halus, carrot yg diracik halus,sedikit kobis,tauge dan kimchi white radish..bila tambah ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng,lagi umpphh..

Ni rupa bentuk makanan yang dah half way..sapa yg jenis geli makan nasik gaul2 terus dgn lauk pauk dan kuah,mmg xlalu kot makan..aku balun je.keh3.

Ni rupa akhir mangkuk ku..tak habis ye kawan2.sebab perut dah penuh. plus aku minum Caramel Machiatto Sejuk yang agak "melugai" bila digabung dengan nasik..hehe

Oh ya..harganya tak sampai RM20 ye.kira ok lah tu.and diorg ada set juga..bibimbap dan minuman. murah sikit harganya.


Fiza order Bulgogi in pot with rice, makdik pun sama..Az order jajang myun (black bean noodle)..then Fiza dan Az order ttaeokbokki (spicy rice cakes) with cheese dan kimchi pancake..ttaeokbokki tu aku xmkn sgt sbb konsentret nk perabih bibimbap aku tu.tapi kimchi pancake nya sedap..


kimchi pancake (ada seafood dan bawang)

Az punya..jajangmyun (black bean noodle)..rasa macam mee kicap..kicap agak pahit..hehe.tp boleh la..

ttaeokbokki (spicy rice cakes) with cheese. Agak pedas. rasanya chewy. tak macam pasta ye rasanya,kawan2..

bulgogi in pot with rice..ni set Makdik dan Fiza..aku xsempat rasa bulgogi depa. so,no komen. tapi aku tgk Makdik yg xleh terima makanan korea makan habih je..so,aku agak sedap le tu.hehe

So,kalau ada sesapa yang nak makan halal korean food,boleh cuba la kat sini. Even ada some people ckp makanan dia xbrp sedap,tapi gua rasa ok je.selera masing2 kan.. Ni alamat yang gua copy drpd forsquare.

No 13 L--1.2 (Jalan Ampang putra ), 68000 Kuala Lumpur




:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...