Showing posts with label leisure. Show all posts
Showing posts with label leisure. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Ai di Beijing-Day 3(21/3/2012)

Baru hari ke-3?aiyoo..byk lagi nk kena update ni.aiyarkk..Aci dak kalo nk update gambar je tapi xmo cerita panjang?kikikiki

Kita mulakan dgn gmbr ni. pagi yg sungguh best sbb jumpa abg Nuar. ahaks!


Abg Nuar join rombongan Yusof Haslam coz dia nak buat MV lagu dia yang jadi lagu latar filem baru anak Yusof Haslam (bukan Shamsul Yusof ye,yg lagi sorg tu. gua lupa nama.) ingt nk bergmbr sorang2 dgn dia, tapi dia jawab, "abg dah lambat ni..sori ye.." Abang hoccay!! pengsan jap.kikikiki

Dah..dah..meh cerita pasal jalan2 lak. suka nau meroyan pasal retis.kikikiki.ok, day 3. Destinasi pertama is Tiananmen square. Cuaca dah kurang sejuk berbanding hari kedua.tapi still gigil la.Kitorg bernasib baik coz masa kitorg ke Tiananmen Square, idakle ramai sgt manusia. TA cakap coz ada perjumpaan parlimen ke apa ntah. Dia siap ckp, pandai kitorg pilih date nk dtg.sbb selalunya mmg ramai manusia kat sini.

blkg tu muzium.tp aku lupa muzium apa.

hihi.kosong kan dataran ni.

sat je jalan kat sini. amik2 gmbr,trus lintas jalan ke Forbidden City. Time nak masuk kawasan tu,mmg agak ramai la.agak bersesak2.sbb jambatan kecik kot.tapi bila dah masuk tu,bole la jalan2. TA suggest kitorg masuk kot pintu lain. means kami xkan pergi ke main palace sebab ramai sangat org.takut tak cukup masa. kami ikut sahaja.pintu lain pun ok, tengok bilik2 kecil je pun ok.xde masalah.hehe

kitorg xmasuk ke sana.trus ke dpn,masuk pintu lain. @forbidden city
 then,kami lunch n trus  ke masjid. lupa nk snap nama masjid ni. tapi masjid ni sangat cantik interiornya.
kat luar tu ada jual wepang (korg tau kan apa ni?hehe). berlagak xmo beli lagi sbb dh lmbt. ingt jmpa lagi nanti.nan hadoo..sampai ke sudah xbeli.frust!

rupa bentuk semejid tersebut

 lepas ke masjid, pergi "urut tapak kakai" pulak..bersedia utk didiagnos dgn macam2 penyakit ye kawan2. hehe. masuk2 tmpt tu je,gua trus lari cari toilet.yelah,risau karang time dia urut2 kaki,terkucil di situ lak.hihi. masuk2 je,tgk dak2 ni dh merendam kaki plus dgr ceramah kesehatan. oh,yg urut tu muda2 belaka ye. ingt nk request tukang urut perempuan,tapi ada sorg je n dh kena tarik dgn mmbr. so,redha jelah diurut oleh lelaki. then masuk bbrp org lagi. disaspek sensei. oh,betul. senang gile pacik tu diagnos aku.tgk tapak tgn, tgk muka pucat,dia kata aku anemia.oh,gua mmg lama dh tau gua xcukup darah.dia offer nk bg prescription,tapi gua tanak. mampuih kalo kena beli ubat mahai.tapi mmbr sblh lg best. pacik tu tgk tgn dia,pastu pandang muka aku,then sengih.pastu trus tny mmbr, nk berubat x?tanpa bgtau sakit. mmbr blur la.bila aku bgtau yg,actually masalah kitorg tu sama,baru mmbr tolak xmo berubat. ada sorg lg mmbr kena diagnos barah rahim kalo xsilap.kena beli ubat yg mhl gile.last2 mmbr but bodo gak. haha. bkn xmo percaya,tp cara diorg diagnos tu mcm mencurigakan. n ubat mahal gile.xmampu macik oii..

abaikan kehuduhan kaki.haha.mcm rendam dlm uncang teh je.kikikiki

muka masing2 dah bengang sbb jualan ubat mereka tidak berjaya. urut kaki pun,mula2 best,tp bila kitorg deny nk berubat, trus urut ala kdr..tapi kitorg pedulik hapa kan.haha. pastu, trus ke next pittstop--> Summer palace. org ckp tmpt ni sgt ctik time summer.kitorg pergi bkn summer.still cantik,n brrr...sgt sejuk e kwn2.angin sangat kuat. katanya raja dulu2 bina istana di sini utk wife dia utk tgk cahaya bulan, n menyejukkan diri di kala panas summer. tapi tmpt ni mmg cantik sangat..dan aman damai. kat sini bertembung dgn mamat omputih yg ensem gile jln sorg2. nk tepek ke gmbr mamat tu??nnti gua cari.haha

nice view, rite????

lepas tu,kami dibawa ke muslim supermarket.tmpt jual makanan halal.byk jugak jual kuih2 yang mmg kompem hala.bole je nk shopping kat sini utk bwk blk.tp masalah,diorg xpaham apa kita ckp.so nk rasa mknan pun tak boleh. nampak fruit candy ni. mmg teringin nk rasa,tp xberani beli tepi jalan sbb diragui kehalalan. so,beli di muslim supermarket, berjaya gak rasa. sedapppppppp sangattttt!
juga berjaya beli keledek bakar. sangat manissss...puas hatiiiii!!! ^^

serius sedap!

Next,rushing nak tgk akrobatik. amik port baek punye..mmg lyn la tgk akrobatik ni.kagum dgn dak2 ni.mesti training sejak kecil. walaupun dh selalu tgk akrobatik kat tv,tapi dpt tgk depan mata bole buat korang nganga jugakla. nak2 part moto dalam glob tu.bkn takat 1 moto ye kawan2, sampai 4-5 moto. pandai diorg syncronized. plg penting,sorg brader bawak moto itu sangat hensem.lagi hensem dari retis korea uolss..kitorg request nk bergmbr dgn dia,tp dia xbg unless kitorg beli cd performance diorg.apakah??last2,snap dari jauh jelah.

abg yg no 2 dari kiri kita tu la yg ensem.awww...

habis akrobatik,makan dinner,pastu blk hotel.mlm tu,lyn tv jelah walaupun xpaham.kikikiki

Friday, May 11, 2012

Ai di Beijing-Day 2 (20/3/2012)

Bangun pagi. bersiap2 nak memulakan jalan2 cari pasal. disebabkan semalam kesejukan sebab tak pakai proper attire, hari ini lebih bersedia. Turun bawah,makan sarapan (sarapan disediakan oleh pihak hotel). Me and roomie turun agak lambat. tak kesah,asalkan sempat makan. time turun,byk dah makanan yang habis, plus org pun dh xberapa ramai. Komen tentang makanan: hmm...tak sedap,ok!huhu. tapi gagahkan diri gak makan sbb takut lapar. tgh syok2 makan, lalu la 2 org manusia yg agak dikenali. Eh, Sarjan Misai la. dgn Koperal Lingam. diorg dtg bercuti ke?eceh! nak pi tegur n bergmbr,segan lak. last2 ckp dlm hati,xpe, esok lusa bole jumpa lagi.eceh!haha. then excited la beritahu member2 yang makan awal drpd kitorg. trus keluar cerita yang Yusof Haslam pun menginap kat situ.what??dok sehotel dgn retis?aww..bangga u.hahahaha. excited lak jumpa retis kat luar negara uolss..rasanya kalo kat KL,xheran kot.kikiki.then,sume org pakat naik bilik blk amik baju la,hape la.aku lepak kat lobi smbil borak2 dgn mmbr sorg. tetiba ada sorg mamat tinggi-hensem-gile-mcm-orgputih lalu, pakai topi tinggi mcm org rusia tu.aku pun pandang sekilas,pastu bisik kat mmbr, pehh..kalo dpt topi tu mesti best gile. then ada mmbr cakap, yusof haslam tgh sarapan. aku pun, "eh,mamat td tu yusof haslam ke?".serius,aku pandang sekilas je masa dia lalu,dia pun pndg blk, tp aku mmg xperasan. bila dia masuk balik,mmg kompemla pacik tu.hahaha. apa lagi,gigih interbiu dia sambil ajak bergmbr. tak senonoh ok! pastu nmpk jugak memey, norman hakim n salina saibi. bole x kitorg buat bodo je dgn diorg?hahaha. kejam,ok. bkn kejam,tp tgk diorg mcm dh lbt je,mlsla nk kaco kan..*tgn ke dada,mata ke atas*

gmbr bukti.haha (gambar ihsan hasle halim)

Ok,jom sambung cerita jalan2. jangan lari topik ye,cik Suhana ooii!haha. First destination: Jade factory. ni adalah kedai kerajaan. mmg wajib pergi kalau ikut trip yg ada guide. kat sini diorg dok bercerita camne jed dihasilkan,jenis2 batu jed,etc. aku bkn pay attention sangat pun dia membebel apa. kejam x?haha. macam biasa, lepas penerangan, depa suruh la tgk kedai jed.sila la beli ye kawan2. aku xmmpu.kikikiki. tapi last2 beli jugakla something: roller muka n mata yg diperbuat drpd jed. diorg ckp,kalo beli kat kedai goverment,terjamin sikit keasliannya. aku hrp pun camtu. beli satu utk hosmet tersayang yg xjoin,dan satu lg utk aku. harganya,kalo xsilap aku, 70yuan satu (RM35). 
hahaha.muka cam hape.time ni depa bg try gelang jed.tp aku xmampu beli rega ratus2 ni.huhuhu. (gmbr ihsan hasle halim)

bapak beso jed ni.gigih kan diorang engrave.huhuhu. kalo xsilap aku, kobis ni maksudnya "rich"


Next station, Burning Cream Centre. again,kedai government. terpaksa la tgk diorg demo pegang besi panas segala. ok, mmg aku kagum tgk lps diorg sapu krim tu,tgn yg melecur xde kesan. tapi harganya mak aih,agak mahal la. so,kitorg keluar tanpa beli apa2.

tempat testing burning cream.snap sblm tukang bg demo masuk.hihi

then, gi terjah lak another kedai barang kemas. aku lupa la kedai apa. kalo xsilap,kedai gelang batu gakla. kristal kot. haha. siap buat demo kristal tak calar segala. ok,mmg aku berkenan sbb diorg dok gerudi spek yg pakai cermin kristal. mcm biasa, lps tgk demo,kena tgk brg2 yg dijual. serius aku berkenan dgn spek diorg, agak murahla berbanding kalo beli yg kat Malaysia. cermin xpecah lagik. tapi sayang, power aku xdak. hanya ada power 500 ke bwh.aku rasa kalo ada power aku tu,harus aku sambar satu.hihihihihi

dia gerudi cermin mata.pehh!! (gmbr ihsan hasle halim)

Lepas dh sudah membeli belah dan tgk demo, makan time! gi lunch dulu, sblm nk panjat great wall. kira early lunch la. ok,serius lunch dia sedap.haha.mmg mkn bykla.

Next station: tempat yg ditunggu2..Great Wall of China!mmg the main reason kami ke Beijing ni.nk panjat salah satu drpd 7 wonders of the world. tercapai gak cita2!risau gak pancit tgh jalan,almaklum, mmg xeksersais sblm fly ke beijing. mls cerita byk.lyn gmbr jelah.hehehehe
masih ada sisa salji..nice!

tgkla kadar kecuramannya.gayat seh!huhuhuhu






lepas great wall, kita pi kedai teh. disebabkan adik yg tunjuk cara minum teh tu comey n pandai cakap serta pandai buat lawak, so kitorg semua beli la.hahaha. pandai kedai tu hire pekerja.

mak suka gambar ni.muahahaha


then,gi dinner lak. pas dinner,gi terjah Hard Rock Cafe. idakle beli souvenir HRC pun.just bergmbr depan tu je.hahaha.pastu,berambus blk hotel.ngeee



Dimulakan dengan bismillah...

The day before (18/3/2012)

Flight Penang-KL jam 11++ pagi. pergi awal coz bole lepak2 tido dulu kat homestay yg di book.yelah,kalo gi lambat,rugi je kan byr. Sampai KL tengahari. trus cari van ke Kota Warisan. cadang nk terjah belon panas putrajaya petang tu,tapi tak brp bertuah coz semua kereta sewa kat area KL tak available.(what the.. semua org KL pakai kereta sewa ke?arghh..) last2 petang kami dipenuhi dgn sesi jalan kaki ke kedai makan dan pasar malam berhampiran. Malam tu patutnya kena tido awal coz esoknya jam 5.30 pagi dh kena gerak ke LCCT. tapi gigih lak layan Adnan Sempit 2 online (mempergunakan WiFi free yg ada.ngeh3)

Hari kejadian (19/3/2012)

Bangun pagi,gosok gigi,cuci muka, terus mandi..Jom gerak ke LCCT! mata pun dh ala2 segan nk dibuka. lepas check in dan campak luggage, nganga la kat LCCT tu jap sblm naik flight.

muka2 eksaited  ahlil rombongan+camerawoman. gmbr ihsan Hasle Halim
Cerita atas kapalterbang tak pyh elaborate la kan.nnti jadi panjang lak. ngee..kita cerita masa kapalterbang approaching Tianjin. Dari atas, teruja je nmpk sisa2 putih atas bumbung bangunan.cuit2 cik sheela,ckp ada salji. pastu sendiri geleng kepala, bukan kot. mungkin bumbung bangunan tu dh bertukar warna dari biru jadik putih. bila dh makin dekat dgn daratan,makin teruja.sbb mmg salji la yg kitorg nmpk tu. seronok!!almaklum, masa gi London dulu, excited gi sana time winter, tapi sebijik salji pun xjumpa.frust ok!

Kitorg turun flight masing2 dgn senyuman lebar..tak sabar nk tgk salji walaupun hanya tinggal sisa. Lepas dh ambil beg semua, jumpa dengan our guide, miss Lily. comel n pandai speaking english (aku lagi prefer dia speaking english drpd bahasa Indonesia. coz sometimes ada perkataan Indonesia yg tak difahami). Miss Lily suruh kitorg gi toilet siap2, coz perjalanan dari Tianjin ke Beijing agak memakan masa.

Ok, elok je kitorg keluar drpd airport tu,semua org pakat terkejut disapa angin sejuk. hambik ko, lagi sejuk dari ekon.dahla masing2 pakai sweater yg agak nipis.  Miss Lily cakap, beg kitorg akan naik van, kitorg lak akan naik bas dan bullet train. masa tolak beg2 menuju ke van, nmpk sisa2 salji kat celahan pokok. excited lagi! so, mintak kebenaran Miss Lily utk bergmbr dengan salji. ok, aku mengaku, kitorg mmg jakun.hahahaha.

muka2 excited+kebekuan kat airport Tianjin. Gambar ihsan hasle halim

jari ini saksi perjumpaanku dgn encik salji.ahaks!

tgk..sisa2 je pun.tp excitednya tak dpt digambarkan.hehe. Gambar ihsan hasle halim
 
Next, mari menuju ke Beijing!kami naik bas sekali dengan lg satu rombongan org Malaysia. biar aku namakan mereka Geng Pakcik Bundle. xpyh elaborate bykla psl pakcik bundle ni la ye.haha.

Memang agak memakan masa perjalanan tu. naik bas ke stesen keretapi,then bullet train ke Beijing. sebelum naik bullet train,kitorg lepak kat stesen keretapi tu coz sampai awal. kebuluran,ok. nmpk keledek bakar panas2, tapi tak berkesempatan nk beli.nasib baik mmbr bawak stok megi n milo dlm beg. so,melantakla megi dan minum milo sekejap. diorg ada sediakan satu bilik untuk amik air panas utk diminum n masak megi.
kebuluran.hehehe. gambar ihsan hasle halim


 bullet train tu laju,tapi kitorg xrasa mcm laju coz still boleh menikmati permandangan. sampai Beijing dah malam. masa keluar2 drpd stesen keretapi tu, terkejut sekali lagi coz disapa angin yg 2x ganda sejuk dari tadi. Miss Lily beritahu, suhu mlm tu -2deg. hambek ko.mmg ketaq smpai ketap2 gigi la.huhuhu..kitorg trus dibawa untuk dinner. nak tepek ke gmbr dinner kitorg?xpayahla kot ye.aku lapar sgt smpai xsmpt nk snap gmbr.hahahaha.tp mcm biasa,makanan mmg penuh meja.semput gakla nk perabih. tp rasa dia,not bad.boleh terima. risau jugak sbb ada kwn yg dh pergi sana b4 ni bgtau,makanan Beijing agak kureng sikit.tapi so far aku rasa aku boleh adapt dgn makanan diorg.

Lepas dah kenyang, balik tido la..hehehehe. asalnya,kitorg diarrange utk stay di Lo Ding Hua hotel. pastu tetiba guide kata kena tukar  hotel lain atas sebab2 yang xdpt dielakkan.redha jelah sambil berharap hotel tu memuaskan. nasib baik jugakla tukar hotel,kalo tak,xdpt jumpa retis.opsss...hehe. Nama hotel tu,kalo xsilap aku, taishun business hotel. 

Ok,sampai hotel, posing2 amik gmbr atas katil jap,pastu basuh muka semua,trus tido. penat beb!esok dh nk mula journey. Sambung cerita hari kedua pada entry yg seterusnya ye.hihihihihih



Thursday, May 26, 2011

anyeong haseyo!!!


i'm backkk eberibadi!!!hahahaha..seronoknya bercuti panjang. rasa xnk blk pun ada. best2!!!! harus kah aku wat travel log trip aku kali ni??hehe.

Friday, April 15, 2011

~lagi sebulan~

lagi sebulan je...ngeeeee....tak sabo dh ni..




banyak lg yg xsetel ni. huwarghh!!chaiyok2!!!! sapa tau kat mana nk cari travel backpack yg ori dan murah???

Sunday, March 27, 2011

Berbaloi2!!

makcik suko!!makcik suko!!sbb makcik dpt bergambo dgn mrs. Hiew (walaupun makcik terpejam mata sbb dh ngntuk sgt.ekekeke)..tingginya rambut dia kan. spek mata makcik pun kalah dgn spek mata dia.stylo siut...ngeh3..

tak sesia macik beli tiket teater rega rm70. berbaloi2.puas hati. lagu2nya sgt best, especially lagu D-W-Y-L, L-W-Y-D dengan lagu Frankie masa kat london tu. rasa nk berjoget skali. Semua pelakon2 pun are doing a very good job. Suara lat masa kecik best. Awie mmg lawak. suara dia mmg xleh nk dipertikaikan lg la. Atilia very de sweet. Frankie Vee (Douglas Lim) best jugak. Watak paling macik minat, watak Kudin yg tulis berita mcm tulis surat chenta tu (macik xkenal sape yg berlakon sbb macik dok jauh.huhuhu). pendek kata semua best lah. props2 dia pun sgt cantik.rumah kampungnya, sebijik mcm dlm kartunnya. tp bila dh hujung2 cerita, dh mcm tgk konsert Awie la pulok. ahaks! ekceli, macik ni xpandai nk review filem, ni kan pulak nk review teater. rasanya pasni macik nk tukar hobi macik drpd tgk wyg ke tgk teater plak.


tapi...

motiff kak limah, usop dgn "ce citer.." pun tetiba wujud dalam cerita ni??oh lupa...Lat dgn Mamat Khalid kan adik beradik...ngeee..

Overall...

macik sokong korang2 gi tgk citer ni..mmg menghiburkan. gelak xhengat je td, walaupun ada gak part yg sedey2 n boring2 sket tu..biasaklah tu. tp part yg sebut pasal malaikat maut tu macik kureng berkenan sket walaupun macik terikut sama gelak td. lain2, mmg 4 thumbs up la (kira skali dgn ibu jari kaki ye..)


p/s: ah,kenapa Hans Isaac xde masa sign2 otograp td. macik mmg teringin nk bergmbo dgn dia. bole macik fefeeling berkapel dgn dia jap.ahaks!

p/s 2: nanti kalau macik rajin,macik hapdet gmbr lg ye..


Thursday, March 17, 2011

jom serbu istana budaya!



Semalam aku dah beli tiket nk tengok Lat Kampung Boy: Sebuah Muzikal. Hari Sabtu, 26 April 2011, jam 8.30 malam. beli tiket yg bukanlah paling murah,tp agak murahla.dapatla seat yg agak terkebelakang. harap2 xdelah jauh sgt drpd pentas.


ni first time aku nk tgk teater (eh,jap.dulu masa kat uum pernah gak tgk teater skali kot). first time jugak nk menjejakkan kaki di Istana Budaya. apsal aku excited sangat ntah nk tgk teater ni??


  1. sbb aku teringin nk tgk awie jadik Lat.adekah serupa??
  2. sbb ITNM. kakak aku kan kerja kat ITNM. pastu dia kata dia dpt tiket free lak tu. tp aku ttp kena beli tiket sendiri sbb dia dpt tiket masa hari bekerja.xkan aku nk blk KL pada hari bekerja.huhuhu
  3. member aku cakap, member dia bgtau cerita ni best. so,aku nk tgkla sama ada betul best ke x.
  4. memula ingt awie akan berlakon jadi budak dalam komik Kampung Boy tu. tu yg excited nk tgk. tp rerupanya dia jadi Lat bila dah dewasa. tak kesahlah. hehe
  5. nk beli merchandisenya. yeehaa!!


Aku ni bknlah peminat tegar kartun Lat ni sbnrnya. tapi aku membesar dgn melihat kartun2nya dlm suratkhabar. kadang2 aku lyn gak kartunnya kat Astro Ceria tu. aku suka tgk watak cikgu Cina dia yg rambut tinggi tu.sapa ek namanya?hehehe. lagi satu,aku suka watak opah. hehe. agak2 ada tak watak opah dalam teater ni?



tak sabar nk menunggu minggu depan. nanti aku buat review pasal teater ni. cuma gmbr2an tu, maybe susah sikit kot sbb aku yakin gmbr mesti kecik kalau aku snap dari seat yg aku beli tu.

Tuesday, February 09, 2010

E. K. O. A. R. A. K.

"malu malu, tapi mahu, kini baru ku tahu..."

Mula2 wa malu2, tp lama2 wa mau..Yelah, malu la..suara aku nih, merdu sikit je dari chipmunks & chippettes...Silap2 haribulan, korg kompius, tu suara chipmunk ke suara aku. Nak2 depan kengkawan seperonggengan lagi la malu(walaupun hari2 melalak dlm opis, dlm rumah, tp itu lain. pasal selalu ada "backup" suara penyanyi asal.eceh.) takut digelakkan. huhuhuh

tapi bila dh 2-3 kali pi, dh rasa kurang malu sket. dh berani menekan2 remote nk pilih lagu. lagu yg dipilih, so far lagu jiwang. (sila jgn gelak. aku bkn minah jiwang ye..~~cover line~~)sbb lagu2 tu je yg aku jumpa dan reti. nntila,bila aku dh hapal no2 dalam senarai lagu tu, baru akan memilih lagu yg mencabar jiwa dan minda lak.

skrg ni aku dh tak pedulik dah. walaupun suara ke laut, tetap ku teruskan jua.


agak-agak, perlu x aku beli mende nih???dpt layan sepam dua kat umah pun syokkk gak.jgn smpai jiran tetangga bom rumah aku udahle.ngehehehe




nota: tahun depan rasanya gua layak masuk "Jangan Lupa Lirik yea yeahhhh..."

Tuesday, January 26, 2010

kalau menapak, pakai kasut xpakai stokin,bole melecet kaki woo..


gambar ini bukan diambil di padang usm, bukan juga diambil di dataran merdeka.

dah lama wa xletak travel log dlm wa nyer blog nih. eh, jap. penah ke wa letak travel log dlm blog ni?eheh.

(sila baca ayat seterusnya dgn satu napas sahaja)

Sabtu lepas kami gi jalan2 cari boifren naik tren sambil cari makanan serta sesi gambar2an oleh photog yg skrg ni tgh teruja mengambil gmbr2an semua yg ada di depan matanya xkira manusia, haiwan, bangunan, langit yang dapat menarik minatnya..

Disebabkan ada di antara kami yg teringin sangat nak naik tren atau nama glemernya keretapi, jadi perjalanan yg biasanya diambil agak2 dua jam dengan menggunakan bas atau kereta,telah menjadi perjalanan yg agak panjang dan boleh menyebabkan kemengantukan jika tiada aktiviti yg menarik yg boleh dilakukan seperti layan mp3 (cik zil),baca novel (cik yant), snap gmbr (meow), layan blues (cik Az) dan update status tru hp (gua la).

Wa malas nk citer pjg. wa nk trus buat kesimpulan:

1. org2 ipoh mmg peramah. (sepanjang kami "berjalan2", asyik kena hon je. diorg xpenah tgk gadis2 ayu berjalan tepi jalan raya ke?)

2. perasaan masa naik keretapi butterworth-ipoh tu sama je mcm naik komuter sg.buloh-ukm bangi. sebab sama spesies kot.

3. acually d main purpose jalan-jalan tersebut ialah utk makan2. nasi lemak makcik blok depan rumah aku (ni dh biasa mkn)-->mee kicap medan selera dato sagor (mabeles. nasib baik smpt mkn, even sbnrnya kedai tu dh nk tutup)-->mee rebus ramli depan shaw bros (sedap.tapi gara2 excited kunun2 nk mkn nasi vanggai, mkn semangkuk kongsi 3 org.bole?)-->nasi daging permatang buluh penang (smpai penang semuanya kebuluran. so nasi daging menjadi pilihan.lazat smpai menjilat tapak tgn). hoh, agak serabut perut wa pada hari itu ye.

4. tapi xberjaya mkn nasi vanggai sbb kedai dia tutup sampai 25hb. sangat hampa.

ok.sampai di sini saja laporan utk hari ini. bahasa wa sgtlah tunggang terbalik. sila maafkan kekhilafan wa.sekian,terima kasih.

Monday, August 10, 2009

At last..

Hari last di kem btn.sgt pnt tapi sgt puas hati.seronok+dpt byk ilmu.ada kembara lak pasni.pasti tmbh pnt.masih blm buat kptsn,stay skjp d langkawi,or sggah rmh echan,or blk penang.aku smbung entri sok.

Thursday, August 06, 2009

Ku kan pergi,membawa diri,cinta di hati terkubur lagi..

I'm off 2 langkawi for 5 days..bukan utk membw diri sbb putus chenta,tp g btn(bg yg xtau btn tu hape,biro tatanegara ye kwn2).so,don't miss me,bebeh.if u miss me,u call me.eheh..i'll be back! :: updated frm my-hp-cap-ayam dr dlm bas usm ::

Friday, July 31, 2009

JJ, here we come!!!

.
.
nota: harap2 xpancit. wa pergi hanya berbekalkan semangat waja dan minda yg kental sahaja.tiada training2 or exercising. ho ho

Wednesday, June 24, 2009

al cut nye..(sila baca sbgai: ala cute nyer!!)

Sebagai peminat tegar Disney Channel dan siri The Nanny, aku kenal kanak2 riang sume nih. pasal aku ske tgk cerita2 mereka. maklumle,pada zaman aku kanak2 dulu, xde lagi astero bagai. so,layan citer pun, citer lelama masa derang kanak2 dulu.




madeline zima. kecik2 cute je jadik anak mr. sheffield dlm The Nanny yg ada masalah emosi. skrg cun siot.




jake thomas. gile ske tgk dia kaco Lizzie dalam Lizzie McGuire. skali aritu tgk CSI, aku tgk sorg mamat ensem nih, muka cam familiar. gugel2,tgk ropa2nya budak kecik yg aku ske tgk nih. pergh!!
errata: silap2,bukan CSI tapi House. eheh.kompius jap.



Yang ni yg den xtahan nih. kenai dia mula2 kat even steven. gila bengong karekter dia dulu. tgk2 skrg dh jadi hero transformers.aiseh. (shia le beouf phojaan hatiku. ejaan nama cam salah. malas mau gugel. eheh)
nota: sgt comel bila tgk gmbr dulu dan sekarang. eheh.

xbaik berdendam weh,,

1. Grandpa jetfire mmg best. ~decepticon baik~


2. spy-decepticon-kecik-yg-jadi-keta-mainan tu mmg byk mulut.tp seyes lawak. xble tahan masa dia gesel2 kat mikaela. bengong tul.haha
3. bumblebee nanges??habih kuar sume minyak2 petrol dia.
4. si kembar lori-keta-eskrim yg cute giler,kaler pink. diorg leh imitate keta lain,cam bumblebee. asek gado je.tp bila taim yg satu tu kena telan dgn decepticon, yg satu lg tu cam sedey gile,tp lawak.eheh

5. scary tgk decepticon mcm rimau tuh.
6. autobot motor tu mmg cun gile. (arcee kot nama dia)




7. cute gile masa mak sam tunjuk baby booties sam masa kecik. ho ho.siap gantung kat leher cam rantai.ha ha
8. decepticon yg menyamar jd pompuan cantik tu pun agak scary.
9. kemunculan semula agen simmons.eheh
10. watak baru, Leo. gila bengong ini mamat.ho ho
11. baru tau, rupa2nya decepticon tu bermula dgn pemerintah tertinggi prime yg rebel. ho ho
12. ah, gile ensem sarjan Lennox.


oleh yang demikian,


dgn rasminya aku mengumumkan yg, aku dh tgk Transformers: Revenge of the Fallen!yeehaa!!best2!!pueh ati,pueh ati..


dengan hensemnya juga aku mengaku, aku mmg xpandai nk buat review filem.hu hu


Saturday, June 20, 2009

s.e.n.a.m eksersais

Aku suka tgk org bersenam. aku juga suka bersenam, tapi kdg2 aku malas. Suka gak tgk org senam robik. Ada lak satu perkataan yg aku blajar td, senam seni. Pergh, mmg best. senam robik + tarian..Rugi aku xjoin. nak2 taim dgr lagu "jumbalika,jumbalika,jumbalik jumbalik..." tapi, xlaratla I nk berpanas di atas padang, dgn keadaan separa sihat ni. Lagi syok tgk dan gelakkan mereka2 yg “kaki-bangku-xpndai-joget-macam-aku” dari atas tempat duduk stadium.

Tapi yg aku paling xtahan nk gelak…








“lari..lari..lari..kempis perut!!” ~smbil menarik napas dan menolak perut ke dalam dgn tgn, dgn gaya menari tarian apa tah.~




Aiseh,instructor nih,xde ayat lain ka mau guna?aku hanya mampu tersengih sambil tepuk dahi.

yeah,kawan2.mari kita berjoget..”lari..lari..lari..kempis perut!!kempis lagi!!hemphh..hemphh..”

Wednesday, May 27, 2009

di suatu malam yg sunyi...

Menyesal gile tapau Nescafe petang td. Mmg sedap pas disejukkan dlm peti ais. Tapi silapnya, ia diminum di waktu jam antara 9 – 11 malam. Implikasi = mato nih dh xreti2 nk pejam walaupun dh hampir masuk hari kamis. Kalau “ini hari hari sabtu, half day, esok hari ahad, public holiday” bole gak nk berpoya2 smpai pagi. Esok keje weh.huwaa.nmpk gaya aku akan menjadi burung hantu la esok.

Dan dgn penuh kehenseman wa bukak blk netbook nih, yg blom smpai stgh jam wa tutup td. Aku rase,misti rumet aku pun xlena tido dek krn “agak kecerahan walaupun tidah secerah lampu kalimantang pabila dibuka”.. mintak ampun ye,cik rumet. Huhu

Aku ada stgh jam je lg b4 bateri netbook ni flat.malas ah nk recharging bateri. Sebelum laptop nih bertukar menjadi ultraman yg baru pas kepenatan melawan resakse, baik aku perabih entri merapu aku nih.

*******************************************************************

quick note bout what i was doing last weekend. cewah!
1. membuang masa di one utama
2. menonotn star trek bersama sahabat terchenta. cam lawak je tgk star trek sambil bergelak ketawa. tp mmg ada part lawak siot.
3. meredah ujan di pasar malam jalan TAR.
4. singgah klcc mkn pizza udang lps window shopping di jalan TAR
5. lyn citer jgn lupa lirik, oo la la dan cerekarama serentak.
6. tido tak hengat sepanjang hari ahad.
7. tmn abah gi fisio lagi,seronok tgk org2 yg buat eksersais bersama2 abah.eheh

aiseh,netbook aku dh nk bertukar jd resakse.eh,silap.jadi otomen.terpaksa stop.neno nenoo..

nota: sila abaikan kesalahan ejaan ,bahasa dsb. saya menaip tnpa memakai cermin mata.bole?eheh.(suhana tipu!!suhana tipu!!)

Wednesday, May 06, 2009

TAG: aku pun xde idea cam cik @tune.ha ha

Pasal aku boring, aku cilok tag ni dr cik @tune, walaupun dia xtag sape2.eheh

1. Adakah anda suka blogging? Kenapa?
-suke..suke sgt..sebab wa suke bercerite.


2. Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5.
-macam macam adaaa...aku slalu skodeng blog yg ada dlm list aku la. tp skrg dh ada aim pengskodengan baru.ihiks.


3. Upload 5 gambar followers yang anda suka.Dan describe it.
-follower ada 4 org je. maleh nk dload2 nih. berat nnti.haha. Describe?hmm...::moi::, azmi dan echan adalah member sekolah saye. masviona pula kawan sepenensenan di Imatera dulu. eheh


4.Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapa kah orang itu?
-abg wolverine, abg adreen or bob harper. muahaha


5.Taken or single? Mana lebih bagus?
- aku juga ske bebas sprti cik @tune.haha. tp rindu la jaman ber"dua"an dulu.haha


6.Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
-byk kali. ha ha. yolah tu.


7.Ciri-ciri idaman gf/bf anda?Nyatakan 5.
- lelaki, islam, akil baligh, anak orang, ada kerja , ensem, bergaya, ada keta besar, rumah banglo, bla..bla..


8. Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
- samo cam @tune.rancang 2taun lps.tp xkesampaian.muahaha


9. Nak berapa anak?
-ikut rezeki le, i xkisah


10. 4 Orang bertuah yang anda ingin tag
-ala...nk tag org yg xbertuah,bley?ha ha


sape yg rase dirinya xbertuah, sila buat ek.eheh

Monday, April 27, 2009

buku..buku..dan buku lagi..

Yang aku dpt di pesta buku baru2 nih:
1. Jibam by Ujang - buku lama. dh pnh baca dulu, tapi saje je bli lg. pasal encik Ujang ada, bole mintak sain. eheh

2. Inferior by Norhayati Berahim - saje2 perabih duit beli. pasal diskaun 50%. xtau bila ntah nk baca.dahle tebal.

3. Dari Beirut ke Jerusalem by Ang Swee Chai - baca sinopsis nmpk menarik. the author once a doctor sent to Palestine to help Palestinian, so dia cerita pasal experience dia masa di sana. blom hbs baca lg pun. hu hu

4. Kitab Cinta Yusuff dan Zulaikha by Taufiqurrahman al-Azizy - Sesaje nk try baca novel islamic. tp yg ni translated version. agak skema ayatnya. aku rasa, better aku baca version asalnya, even xpaham. hu hu

5. Koleksi Kisah Ceria by Ghafarullahhuddin Din - Sesaje beli ni kat Booth MAPIM psl nk cabutan bertuah.haha. xdelah, aku beli ni sbb hari sblmnya tu,aku tgk dr org yg dpt free buku ni, macam best jer. Koleksi lawak jenaka dari zaman Rasulullah s.a.w sampai skrg, siap dgn moral of d story lagik. sgt fun utk dibaca.

6. Understanding Grammar by Angela Burton - aku ni bodo sket bab2 Grammar. Saje nk tmbh ilmu pengetahuan.cewah!

7. Kenapa Allah Murka by Muhammad Qayyum - yg ni wa di"paksa" beli, kunun2 bersedekah la.tp wa rase cam x ikhlas je. (astaghfirullahalazimm...) Yelah, dh depa hulur masa masuk pwtc tuh, amik jelah. xpelah, skali skala buat amal jariah wpun xikhlas. hu hu

.
Ada lg yg xmasuk dlm gmbr. Novel dari Ramli Awang Murshid dan Anis Ayuni. yg tu wa beli utk kakak wa. eheh.

Gile, hampir rm100++ aku hbskan utk beli buku2 nih. Agak2 korg, rajin tak aku nk perabih semuanya? muahahahaha.

p/s: taun ni aku xbli novel english. pasal takut xterbaca.yg taun lps nyer pun ada lg sebijik buku aku xbaca lg.muahahaha.

Thursday, March 19, 2009

Kasihan ayam tu...


Ayam penyet??memula dgr tu,dok pk..apsal la namanya begitu..rupa2nya.....

Ayam Penyet is a traditional Indonesian cuisine which originates from Surabaya. It is a popular chicken dish where the kampong chicken is specially marinated with various spices and herbs from certain plants. The meat is then smashed with a wooden headed hammer (kasihan ayam tu.uhuks.) and deep fried until golden light brown. One of the unique feature in preparing this funny name dish is the art of frying where it is crispy from outside and juicy inside. The other dishes served here are traditional Indonesian food which are also popular in Singapore and Indonesia. Our signature dish, Ayam Penyet-AP is served as a set. You get a quarter crispy kampong chicken, a piece each of fried beancurd and tempe, some boiled kangkong, fresh cabbage, blazing hot sambal belachan and bits of crunchy golden brown fried fritter topping on the chicken.
di kopipes daripada: http://www.ayampenyet-ap.com/

Oho..kira mmg betulla, penyet tu sama maksud macam penyek, in Bahasa Melayu. Kesian daging ayam tu kena hempuk sebelum digoreng. eheh. Bulan lepas, masa lepak2 tgk wayang di The Curve sama Seri dan Zubay, rase cam nk singgah Waroeng Penyet. Dh lama nk mkn di situ, tp selalu full. Aritu pun agak ramai,tp smpt gak menyelit. eheh.

Aku oder chicken wing (xingt nama betulnya yg tertulis dalam menu tuh), sbb tgk ayam penyet tu agak besar saiznya. Tapi rupa2nya, chicken wing pun,dapat 3 ketul untuk hanya rm6.90..puas ati..puas ati..nasik abis, bleh "jambal" je..no hal. tp tempe dia mmg sedap. lain sket rasa drpd tempe yg slalu aku makan. mungkin bumbunya yg buat ia rasa lebih sedap. Sambal dia sedap, tp agak pedas. Che Seri siap mintak tmbh sambal lg. xsenonoh.haha
dh tinggal seketul, pasal aku dh melantak lg 2 ketul.hehe

Makanan aku lak, disulamkan dengan minuman yg diberi nama "happy soda", atau dlm bahasa tansletnya, soda gembira.. xpaham gak kenapa diberi nama begitu. mungkin lepas minum, boleh gembira kot.ha ha. nasib baik sedap. hasil gabungan air stoberi berkarbonat dan susu (pekat kot), juga ais ketul yg byk.pergh!!mmg gembira lepas minum air tu.haha

sangat gembira lps minum air ni. haha

Adeh,ckp psl mkanan trus aku jadi lapo. nak balik makang nasik, yg bakal di beli di gerai akak di tepi jln itu. eheh.chiaoww!!!


Thursday, January 08, 2009

yang ditinggalkan telah kembali...

bukan boifren ya, bukan juga anak isteri atau suami yg ditinggalkan dan kembali. tetapi hobi lamaku yg dah lama gile aku tinggalkan, telah kembali masuk dlm hidupku..(apa jadik hobi baru aku hari itu??oh, yg itu cerita lain ya..eheh)..Dalam masa sebulan aku telah memborong 3 buah buku.pergh!walaupun reganya agak tidak mahal,kira oklah tu.cari buku yg ekonomi yet isinya bagus.betul dak??aku sudah mula mau kembali pada hobi yg tlh lama aku tggalkan.tp tulah,aku xsure brp lama blh bertahan. ahaha.time byk masa senggang ni bolehla nk lyn..lama2 lg misti keburingan.yeah,mari kita lyn sama2..


sila fokus pada buku ya.bkn air kopi itu.haha. the earliest book, i bought on 20th Dec. Yang ni, ada sale di mph, beli 2 percuma 1. Bay n Seri masing2 bli satu buku. so aku pun tompang sekaki la. Tajuk, "Anne Frank: The Diary of a Young Girl". Berharga RM32++, tp lps diskaun dpt murah la. mmg dh lama aku cari buku anne frank ni. sbb teringt masa skolah dlu penah blajar psl dia. Budak yg sgt tabah.hmm..tp aku blom hbs baca lg. tertinggal di KL.huhu



The 2nd book is this book. Al-Tahzan a.k.a Jangan Bersedih. Aku dh ada yg part 1. So,aritu aku cari lg sambungannya, Part 2 & 3. Pergh, sejak bila ntah aku reti baca2 buku gini. Maybe sbb aku byk bersedih lately. tapi buku ni mmg bagus. Yg ni adalah edisi mini, senang dibawa kemana2. harganya cuma RM9.80 sebuah. Baca buku ni,jadi agak insap sekejap.huhu. Aku baru baca half of Part 2 ni. Part 3 mmg blm sentuh lg. haha. (Part 3 xde dlm gmbr, sbb ada di KL. Ini juga dibeli pada 20th.)


The latest book yg aku beli. Fresh from popular.ahaha.baru bli smlm. An autobiography of Mahatma Gandhi. Aku bli buku ni sbb buku ni murah. cuma RM10 je. tp kualiti kertas agak kureng. xkisah,asal berbaloi utk dibaca. Blm start baca lg, mayb mlm ni.hopefully ok. Sejak bila ntah aku ni reti concern psl Gandhi ni,aku pun xtau. Nasib baik aku xterbeli buku pasal Obama. haha.

Ada lg bbrp buku yg aku bli, tapi xtepek gmbr disini pasal xsempat nk snap. tp semua range harga bawah rm10. ekonomi,kan? ahahaha. Tu blum campur lagi majalah2 hiburan, Mastika, Gempak bla..bla..nampak sgt kan tahap kesangapan aku skrg ni sgt tinggi..tp kira ok la, at least dpt mengisi masa lapang dgn benda2 yg berfaedah. bukan ayik tido je. cewah!


Nota 1: terjumpa sehelai bulu mata gugur atas meja td. ada org rindu kat aku ke?ke aku merindui seseorg??hmm..
Nota 2: Pasal hobi baru aku yg aku pnh tulih b4 nih, yg tu aku stop jap. psl benang dh habih.xdak masa mau gi bli yg baru. haha

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...