Showing posts with label klibf. Show all posts
Showing posts with label klibf. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Book Review Part 1- Dalam Mihrab Cinta by Habiburrahman El-Sherazy


Seperti yg dijanjikan...ini buku pertama yang saya selesai baca.pemberitahuan: saya bukan seorg reviewer. saya sgt tak pandai mereview buku hatta filem sekalipun. oleh yang demikian, segala kekurangan atau ketidakcukupan maklumat, harap dimaafkan. Cewah!


4 Watak Utama:

Syamsul Hadi (SH) - Watak utama. seorg pemuda yang bercita2 utk belajar di Pesantren (belajar ilmu agama). berambut gondrong (rambut panjang ek??). membantu Zizi semasa Zizi dirompak dalam keretapi. akhirnya belajar di Pesantren milik arwah ayah Zizi. seorg yang rajin tetapi akhirnya dihalau drpd Pesantren akibat difitnah mencuri oleh Burhan yg cemburu dengan keakraban SH dan Zizi. dihalau juga dari rumah oleh bapanya disebabkan malu dgn kes kecurian tersebut. akhirnya betul2 menjadi pencuri disebabkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Berjumpa dengan Sylvie (girlfren Burhan) semasa mencuri dompet gadis itu. akhirnya rapat dgn gadis tu setelah bersama2 menjadi tenaga pengajar kepada seorg budak (lupa namanya). hampir mengahwini Sylvie, sebelum terjadinya satu tragedi. yang menarik: dia menjadi seorg ustaz dan pencuri dalam masa yang sama.


Zizi - aku lupa nama penuh dia. sbb sgt unik. anak gadis ketua pesantren. pulang ke kampung halaman di Kediri untuk menghadiri pengkebumian ayahandanya. berjumpa dengan SH dalam keretapi selepas SH menggadai nyawa menyelamatkan beg tangannya. Sangat hormat pada SH dan dalam diam2 menyukai pemuda tersebut. mempercayai lelaki itu seorg yg baik walaupun semua orang dah tak percaya padanya.


Burhan - Senior di pesantren tempat SH belajar. hensem boy. minat pada Zizi. seorang playboy (hampir bertunang dgn dua org gadis). cemburu dengan SH kerana Zizi lebih menumpukan perhatian pada SH berbanding dirinya. memfitnah SH mencuri di pesantren supaya SH dihalau keluar dan tidak lagi berdekatan dengan Zizi. bercinta dengan Sylvie, dan dalam masa yang sama, "mengurat" wanita-wanita lain. Akhirnya tembelang pecah yang dialah sebenarnya pencuri di pesantren, bukan SH. dia juga dihalau. juga putus dengan Sylvie kerana SH memecahkan rahsia di pesantren pada ayah Sylvie. Akhirnya merengkok dalam penjara kerana mabuk dan memukul peniaga tepi jalan.


Sylvie - masih belajar dan pada masa yang sama menjadi tutor pada kanak2. meminati SH kerana terpesona dengan cara SH bercerita pada kanak2 dan mengaji (masa ni dia tidak tahu yg SH lah yg mencuri dompetnya). girlfren Burhan. putus hubungan dengan Burhan setelah mengetahui sikap sebenar Burhan. hampir bernikah dgn SH tapi meninggal sebab eksiden (kesian dia).


Camne mau review ek??semuanya dah aku masukkan dalam watak2 di atas. Cuma yang aku boleh simpulkan disini, walau macam mana baik pun seseorang itu, kalau dia dah lapar tahap kebuluran, sedikit sebanyak nafsu dalam diri akan mendorongnya membuat kejahatan. hanya untuk mengisi perut yang kosong. dan, kalau kita memandang rendah, tidak mempercayai atau menuduh seseorang tu melakukan kesalahan yang dibuatnya, lama kelamaan mungkin dia akan jadi sepertimana yang kita anggapkan.


Aku tak pasti ni novel adaptasi filem atau filem adaptasi novel. Sebab pada cover novel ni ada gambar pelakon-pelakon sinetron yang aku kenal (Dude Harlino & Asmirandah). overall, agak menarik. Aku habiskan baca dalam masa sehari je. gila pantas. almaklumlah, nipis sahaja bukunya. Habiburrahman Al-Sherazy memang sangat dikenali dengan novel-novel bersifat keagamaan. tapi percaya atau tidak, ini kali pertama aku baca novelnya (walaupun ayat-ayat cinta sangat popular, aku hanya dengar lagu sahaja. tidak pernah membaca novel hatta menonton filemnya). So, aku galakkan korang baca novel ini. kalau agak2 xpaham bahasa Indonesia (sebab ada juga perkataan yang kita tak fahami), boleh beli yg versi terjemahan. Aku saspek versi yang aku beli ni versi terjemahan. Aku nak rate pun xpandai. hmm...aku bagi rate 3/5 la. sebab ada gak part-part yang aku skip baca.ahaks!


Nota kaki: Aku sedang baca buku kedua. tunggulah review nya ya!!

Nota kaki no 2: Hari tu gi kedai buku bookxcess. dapat lagi dua buku cerita. nanti aku update ek.


Tuesday, May 03, 2011

buku-bukuan



gambar pertama dgn gmbr kedua tiada kena mengena ye. saja nk buat entry dua dlm satu. gmbr pertama tu, di snap dr "tangga bergerak" di JJ Aeon Setiawangsa. alaa..xkan korang xtau..Rumah kaca. bebudak AF. malas nk snap2 gmbr depan2 rumah kaca tu. ramai sgt manusia. tak caya, tgk gmbr. almaklumlah hari Ahad. sesaje je pun.aku bkn minat sgt pun nk tgk AF final season ni. xtaula nape.mungkin sbb xde daya penarik. ahahahahaha


gambar kedua, haruslah berkaitan dgn book fair. ye dak??tu buku2 yg aku borong sabtu lepas. ada 1 buku lg yg aku xmasukkan dlm gmbr. buku ramlee awang murshid. ada 2 buku yg tebal gile. bak kata si Fariz Izwan "tu agak2 brp tahun baru boleh hbs baca semua buku tu??" err...ntahla.yg nipis2 tu mungkin cpt. yg plg bwh tu,xtaula brp lama baru blh hbs. hehehe. baru perasan, taun ni aku xbeli english novel. xpelah, dah beli 2 english novel awal tahun aritu, so, kita gnti dgn novel melayu lak. Sbnrnya nk borong lagi buku2 lain, tp terpaksa bersabar. perabih duit lak. kalo ikut hati mmg nk borong sakan, nasib baikla....Susunan buku yg aku beli (start dari bawah):

  1. A doctor in the house by Tun Dr Mahathir Mohamad (RM90 after less)- aku nengok yg beratur kat cashier MPH aritu majoritinya beli buku ni. Patutlah best seller.
  2. 7 hari mencintaimu by Siti Rosmizah (RM24.60 after less)- bapak tebal buku ni. 1000++ muka surat. nasib baikla ada less. and xdelah mahal sgt. beli sbb nk mintak signature penulis. bole tak gitu?
  3. Cucur bawang Kopi O by Hasrudi Jawawi (RM20 after less)- beli buku ni sbb suka tajuk dgn cover dia. bole??
  4. Bunga Mas-koleksi sinopsis,puisi dari Rusia: terjemahan (RM20 after less)-beli ni sbb cik Yan-t nk beli buku koleksi cerita rakyat korea. sbb beli sekali dgn ni bole dpt lg murah. hopefully aku xnyesal beli buku ni
  5. Gadis Oren: novel terjemahan dari Norway (RM15 after less)-yg ni se"geng" dgn buku bunga mas tu. sbb satu pakej
  6. Dari Mihrab Cinta-The Romance by Habiburrahman El-Sherazy (RM11.90 after less)-beli sebab penulisnya didatangkan khas dari Indonesia. bukan senang nk jumpa encik Habiburrahman ni. org lain siap bergmbr lg dgn dia.tp aku malas.dapat signature dia pun cukuplah.
  7. Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid-tiada dlm gmbr (harganya cheq lupa la pulok.haha)- beli ni utk Suhaila Sobi sbb dia mmg rajin baca buku RAM ni
Nanti kalau rajin, aku buatla review pas habis baca buku2 ni (kalau rajinla tau.kalau xrajin tu,paham2 jelah..ehehehehe)

Friday, April 29, 2011

yeehaaa...

cadangnya esok nk bertandang ke pwtc (dgn harapan tidak diserang penyakit malas)..nk memborong sakan ni. tp taun ni xde idea lg nk borong buku apa. agak2 seronok x kalau pi pusing2 pwtc sorg2???hmmmm...

harap2 tiada selautan manusia esok. kalau setakat sesungaian manusia bole lg la kot. kalau separitan lagi bagus..(aci dak editor menggunakan ayat ciptaan sendiri??ngeh3)ni kalau dh smpai tahap nk gerak pun xboleh,kompem pening kepala. tapi....encik Ramlee Awang Murshid nk wat pelancaran novel sok. mesti ramai manusia kan??huwaaaa..

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...