Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Book Review Part 1- Dalam Mihrab Cinta by Habiburrahman El-Sherazy


Seperti yg dijanjikan...ini buku pertama yang saya selesai baca.pemberitahuan: saya bukan seorg reviewer. saya sgt tak pandai mereview buku hatta filem sekalipun. oleh yang demikian, segala kekurangan atau ketidakcukupan maklumat, harap dimaafkan. Cewah!


4 Watak Utama:

Syamsul Hadi (SH) - Watak utama. seorg pemuda yang bercita2 utk belajar di Pesantren (belajar ilmu agama). berambut gondrong (rambut panjang ek??). membantu Zizi semasa Zizi dirompak dalam keretapi. akhirnya belajar di Pesantren milik arwah ayah Zizi. seorg yang rajin tetapi akhirnya dihalau drpd Pesantren akibat difitnah mencuri oleh Burhan yg cemburu dengan keakraban SH dan Zizi. dihalau juga dari rumah oleh bapanya disebabkan malu dgn kes kecurian tersebut. akhirnya betul2 menjadi pencuri disebabkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Berjumpa dengan Sylvie (girlfren Burhan) semasa mencuri dompet gadis itu. akhirnya rapat dgn gadis tu setelah bersama2 menjadi tenaga pengajar kepada seorg budak (lupa namanya). hampir mengahwini Sylvie, sebelum terjadinya satu tragedi. yang menarik: dia menjadi seorg ustaz dan pencuri dalam masa yang sama.


Zizi - aku lupa nama penuh dia. sbb sgt unik. anak gadis ketua pesantren. pulang ke kampung halaman di Kediri untuk menghadiri pengkebumian ayahandanya. berjumpa dengan SH dalam keretapi selepas SH menggadai nyawa menyelamatkan beg tangannya. Sangat hormat pada SH dan dalam diam2 menyukai pemuda tersebut. mempercayai lelaki itu seorg yg baik walaupun semua orang dah tak percaya padanya.


Burhan - Senior di pesantren tempat SH belajar. hensem boy. minat pada Zizi. seorang playboy (hampir bertunang dgn dua org gadis). cemburu dengan SH kerana Zizi lebih menumpukan perhatian pada SH berbanding dirinya. memfitnah SH mencuri di pesantren supaya SH dihalau keluar dan tidak lagi berdekatan dengan Zizi. bercinta dengan Sylvie, dan dalam masa yang sama, "mengurat" wanita-wanita lain. Akhirnya tembelang pecah yang dialah sebenarnya pencuri di pesantren, bukan SH. dia juga dihalau. juga putus dengan Sylvie kerana SH memecahkan rahsia di pesantren pada ayah Sylvie. Akhirnya merengkok dalam penjara kerana mabuk dan memukul peniaga tepi jalan.


Sylvie - masih belajar dan pada masa yang sama menjadi tutor pada kanak2. meminati SH kerana terpesona dengan cara SH bercerita pada kanak2 dan mengaji (masa ni dia tidak tahu yg SH lah yg mencuri dompetnya). girlfren Burhan. putus hubungan dengan Burhan setelah mengetahui sikap sebenar Burhan. hampir bernikah dgn SH tapi meninggal sebab eksiden (kesian dia).


Camne mau review ek??semuanya dah aku masukkan dalam watak2 di atas. Cuma yang aku boleh simpulkan disini, walau macam mana baik pun seseorang itu, kalau dia dah lapar tahap kebuluran, sedikit sebanyak nafsu dalam diri akan mendorongnya membuat kejahatan. hanya untuk mengisi perut yang kosong. dan, kalau kita memandang rendah, tidak mempercayai atau menuduh seseorang tu melakukan kesalahan yang dibuatnya, lama kelamaan mungkin dia akan jadi sepertimana yang kita anggapkan.


Aku tak pasti ni novel adaptasi filem atau filem adaptasi novel. Sebab pada cover novel ni ada gambar pelakon-pelakon sinetron yang aku kenal (Dude Harlino & Asmirandah). overall, agak menarik. Aku habiskan baca dalam masa sehari je. gila pantas. almaklumlah, nipis sahaja bukunya. Habiburrahman Al-Sherazy memang sangat dikenali dengan novel-novel bersifat keagamaan. tapi percaya atau tidak, ini kali pertama aku baca novelnya (walaupun ayat-ayat cinta sangat popular, aku hanya dengar lagu sahaja. tidak pernah membaca novel hatta menonton filemnya). So, aku galakkan korang baca novel ini. kalau agak2 xpaham bahasa Indonesia (sebab ada juga perkataan yang kita tak fahami), boleh beli yg versi terjemahan. Aku saspek versi yang aku beli ni versi terjemahan. Aku nak rate pun xpandai. hmm...aku bagi rate 3/5 la. sebab ada gak part-part yang aku skip baca.ahaks!


Nota kaki: Aku sedang baca buku kedua. tunggulah review nya ya!!

Nota kaki no 2: Hari tu gi kedai buku bookxcess. dapat lagi dua buku cerita. nanti aku update ek.


Monday, March 14, 2011

i'm Jack. i am 5 years old. i live with my ma in the room


baru je habis baca buku ni. amik masa 2 bulan jugak nk perabih buku yg lebih kurang setebal buku Natrah tu.hehehe. buku ni aku beli kat Heathrow Airport sementara nk tunggu flight balik Mesia last January. masa memula tgk cover n tajuknya, kupkirkan buku action thriller (sbnrnya xnmpk pun kaitannya thiller dgn cover buku ni, camne aku bole terfikir gitu ek??ahaks). masa beli mmg no idea isi perut buku ni sbb xde sinopsis kat blkg buku. cuma hint yg diberi, "i'm Jack. i am 5 years old. i live with my ma in the room"..that's it.tp aku teruja nk beli gak buku ni sbb eager nk tau ceritnya psl apa. xsesia beli kerana buku ni agak menarik utk dibaca.

Mengisahkan tentang seorg gadis remaja yg diculik dan dijadikan hamba s*** sehingga melahirkan 2 org anak (yg 1st tu mati semasa dilahirkan). anaknya yg kedua tu, Jack, mmg xpenah berhubung dgn dunia luar. dunianya hanya bilik yg dihuni dgn ibunya (yg dipanggil ma). dia cuma kenal ma, old nick (lelaki yg menculik mak dia yg selalu masuk bilik mereka utk htr makanan n keperluan yg mereka berdua perlukan), Rug, Plant, wardrobe (tempat jack menyorok setiap kali old nick masuk ke bilik mereka). dunia luar yg dilihat dalam tv semua dianggap sebagai planet2 lain. ada planet kartun, planet masakan, planet tumbuhan dsb. Ma dah byk kali cuba utk melarikan diri daripada tmpt tu tapi xberjaya.

bila umur Jack dah mencecah 5 tahun, ma brusaha utk escape lagi. Jack disuruh berpura2 mati agar old nick dapat bawa keluar jack drpd the room. mmg baek punya plannig yg ma tu buat. cuma yg mungkin akan jadi masalah sbb jack xpernah berada di dunia luar. dipendekkan cerita, Jack berjaya melarikan diri dan old nick berjaya ditangkap. ma juga telah dijumpai kembali slps Jack bgtau apa yg dia tau.

kemudian bermula lah kehidupan Jack di dunia barunya yg diistilahkan sebagai "the outside". korang mesti boleh agak camne lah gelagat jack di dunia barunya ni. xboleh agak??xpe2, boleh pinjam buku ni kalau nk tau kesudahan ceritanya.hehehe

bagi aku buku ni mudah dibaca.kira mcm bahan bacaan ringan je. cerita ni sbnrnya byk berkisar tentang jack berbanding watak lain. cara penceritaannya pun, diceritakan dari kaca mata jack tu sendiri. mnarik tp aku xtau nk hurai camne.hehehe.kita boleh jumpa kesilapan grammar dlm ni, tp bukan kesalahan grammar sbb penulis ni xpandai english (gile ko nk kata dia xpandai.dh mmg dia org putih.hahaha), tp sbb Jack tu baru umur 5 tahun. pasai tu lah "brought" dah bertukar menjadi "brung" a.k.a past tense utk bring. hehe



p/s: korang nmpk sticker buy 1 get 1 half price,kan???tu maknanya aku ada beli lg satu buku. tp buku tu aku xstart baca lg.nnti aku buat review lain ek. xtau bila,sbb xtau bila baru nk start baca.muahahaha

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...