Wednesday, February 22, 2012

"biblio" tu apa?





AMARAN: Post yang bakal anda baca ini mengandungi ayat skema dan ilmiah yang mungkin agak melampau (melampau?x kot). Sila jangan muntah2 lps baca entry ini ye.hehe



serius..serius aku rasa artikel "mereka kecanduan buku!" oleh Shaharom TM Sulaiman dalam mastika keluaran mac 2012 ini sangat menarik.sampai aku terus ambil petikan daripada artikel ini dan meletakkan pada dinding muka buku ku. Kenapa aku suka?sebab artikel ni membincangkan kategori pencandu buku (new istilah. I like.hehe.how come dia boleh translate addiction as pencandu?interesting.hehe).

Korang pernah dengar biblioholism?macammana pula dengan biblioholic?atau bibliomania?bagaimana pula dengan bibliofil, bibliotaph,bibliocast,bibliophagi dan biblionarsisis?haaa..pening tak tgk macam2 biblio ni? Selama ni cuma tahu bibliografi je (mungkin sbb aku kurang ilmu atau aku kurang ambil tahu kot sebelum ni.huhu)

Meh aku beri definisi setiap satu perkataan tu. Bagi orang2 yang dah tahu, anggap sahaja ini sebagai ulangkaji, yang tak pernah tahu macam aku ni, kita ambil sebagai ilmu baru. Oh, aku sudah semakin berbunyi ilmiah..sila jangan pengsan.haha

1. Biblioholic-maksud yg sama macam alkoholic dan workaholic. Mengagumi dan cenderung yang berlebihan terhadap buku...biblioholic ni boleh dipecahkan kepada dua yang utama, iaitu bibliomania dan bibliofil.
2. Bibliomania- suka beli buku,tak suka membaca. Tapi buat koleksi.
3.bibliofil-suka beli buku, suka baca, suka ambil pengajaran dari buku.

Yang seterusnya ni, boleh dikategorikan sebagai "penyakit":
4. Bibliotaf-terlalu sygkan buku,smpai tahap mahu berkubur bersama2 buku2nya.
5. Bibliocast-cenderung menghancurkan buku.
6. Bibliophagi-suka makan buku.(pelik?xpyh pelik la.korg lupa ke zaman skolah dulu?selalu kan korg dengar mitos,kalau rebus buku, pastu minum airnya boleh ingt semua fakta dlm buku.hehehe.korg jgn bagitau aku yg korg xpenah rasa mcm nk buat mende ni dulu.hehe)
7. Biblionarcissist-suka kumpul buku, ltk dlm almari kaca cantik2,pastu berlagak kat org yg dia byk koleksi buku. Haih.

Aku mcm nk elaborate byk tentang penulisan penulis ni.tapi rasa kekok je buat entry panjang lebar.hehe.tapi mmg sgt menarik.kalau korg nak tahu lebih lanjut, sila baca Mastika keluaran mac 2012 ye kwn2.

AGAK2 KORANG, KORANG TERMASUK DALAM KATEGORI YANG MANA? KE KORANG MASUK KATEGORI "SAYA TAK SUKA BUKU?" HEHE.

p/s: penulis ni banyak merujuk pada buku tulisan tom raabe, "biblioholism: the literary addiction." serius aku nk tahu apa lagi yg ada dlm buku ni.jadi,dgn bangganya aku telah mendownload e-book tajuk ini.harap2 akan rajin baca dan harap2 akan rajin review juga. Sekian,terima kasih.

3 komen-komenan:

miloaiskurangmanis said...

akak - 1 dan 3
memang giler membaca
rasa macam satu kepuasan yg tak terhingga bila dapat habis baca sebuah buku or novel or whatever in my hand at that moment....

sehari tak membaca - rasa gelisah - macam tak lengkap jer hari tu...
giler kan???

sue-ana said...

Dulu saya begitu.masa kecik2. Suka baca buku.kalau pergi rumah org,saya akan cari almari buku/majalah.pastu saya akan dok situ je tak pi mana2 dh. Tp sejak dh kerja ni, dh ada duit sendiri,saya cenderung beli buku yg saya rasa menarik,tp nk perabih baca tu mmg berchenta la.hehe.yg tu xtau nkmasuk kategori mana.hehe

Hazrina Ahmad said...

wah..sungguh ilmiah...

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...