Tuesday, July 10, 2012

Ai di Beijing-Day 4(22/3/2012)

Ok..berzaman baru boleh update cerita..ampunn!!kemalasan melanda..byk hari lagi ni..belum masuk trip korea lagi..huwarghh!!

Ok2, sambung cerita..Day 4..pagi ni sangat sejuk dak berkabus..semalam TA dah tnya,"korang nk tgk panda tak??"kitorg excited la,coz dlm itinerary mmg xde agenda melawat panda yg chomey tu..tapi kitorg kena byr tiket sendiri..so,kitorg agree.kunun2 duit byk lebih la.(mmgla byk lagi,sbb belum soping lg.kikikiki). So, agenda pagi hari ke-4 ni ialah pergi zoo melawat panda. bila sampai je,tgk dah rmai yg kerumun nk tgk panda. memula tgk panda yg besar. ada 2 ekor,dalam kurungan.kesian je tgk panda ni.dah lapar kot.dia tunggu je tepi cage tu nk tunggu org nak bagi makan.ok,gmbrn panda dlm tv dgn panda yg ni agak xserupa ye.gambaran dlm tv,sangat putih bersih.mungkin sbb itu panda liar.yg dlm kurungan ni,agak comot.tp mereka still comel pada pandangan aku.serius byk snap gmbr mereka,walaupun gaya sama je.

then kami pergi tgk anak panda pula.ok,serius comel.masuk2 tgk dua ekor anak panda tgk duduk atas kerusi goyang n kuda mainan.comell!!pastu diorg main gaduh2,serius comel.lama jugakla ngadap panda2 tu.tak smpat nk beli souvenir sbb rushing. rushing sbb agenda melawat panda ni xmasuk iti.

panda dua beradik tgk bergurau senda

dia punya pose tak bole blah

ni la panda yg kebuluran tu.syian dia.

anak2 panda yg comel dan hyperactive

susah tul nk snap gmbr dgn panda2 ni

Ok,next station, gi Olympic stadium. agak frust sbb gi jln2 area tu dlm keadaan berkabus.nak snap gmbr pun agak xcantik.ok,jln drpd jalan besar masuk ke Olympic stadium tu agak jauh.gigih gakla menapak dlm kesejukan tu. plus terpaksa menahan diri dan menyengih kat penjual2 souvenir area tu..jual medal la,jual layang2 la.agak menarik,tapi mmg xde rasa nk beli langsung. ok,serius kagum tgk senibina stadium ni.mmg mcm bird nest.lama jugakla nganga kat sini tgk keindahan bngunan.takleh masuk pun.kalo nk masuk kena byr lain.so kitorg bergmbr sakan depan stadium jelah..depan bird nest ni adalah water cube a.k.a National Aquatic Center. ni satu lagi bangunan yg cntik.tapi kalau dtg waktu malam mesti lg cantik..xkisahlah,asalkan dapat smpai dan tgk depan mata pun dh cukup seronok.
sesi melumpat dgn gembira..haha




frust.xleh nk amik gmbr water cube ni time dia kalerful.
ok,pose tak bole blah.haha

cute kan van pulis ni.hehe
me in front of the bird nest stadium^^


Next station (lepas lunch), sesi nyoping katanya.bawak gi kedai2 government lagi. first kedai is kedai barang kemas. yg nilah katanya bos kedainya org malaysia.seronok tgk org malaysia dtg, siap bagi free rantai jed.siap suruh kitorg stay sana kerja dgn dia.ok,layankan jelah.walaupun byk dpt info,beware dgn dia ni.dlm beware2 pun,aku sambar gak gelang jed bulat2 3 ketul rm50.xtaula jed ori ke x,aku redha je.kongsi lak dgn mmbr.hihi.nsb baik 3 ketul rm50,kalo tipu pun idakle ralat sgt.sbb agak murah. (kat sini xdan nk menyenap gmbr.dok ralit dgn bos depa tu bercerita.hehe)

then keluar drpd kedai dia,ada org jual souvenir.boronglah sikit2 brg.kot2 xjumpa kedai souvenir yg murah lg esok2.agak murah jugakla kat situ.

pastu sambung ke kedai kitchen appliances. tgk org buat demo pakai pisau. tukang demo tu siap injured lagik.terpaksa gmti dgn org lain. pisau2nya pun nmpk menarik,tp xtaula.agaknya sbb xde niat nk soping brg2 mcm tu plus xbwk duit byk,trus xbeli.walaupun org ckp,pisau2 diorg mmg tahan lasak.

adik-adik,meh beli pisau.akak,masalahnya,adik ni kat umah mls masak.hahaha

Then,kami dibawa ke pearl center.tempat jual pearl/pearl cream. yg ni adalah fresh water pearl,bukan laut punya. dia siap demo kopk oyster,suruh kitorg teka ada brp pearl dlm seekor oyster.sapa betul,dpt free pearl. Alimie teka betul,so dia la yg dpt seciput pearl. then lps penerangan,sesi menggoda kami utk beli brg depa. pearl cream la, pearl necklace la.serius xde rasa nk shopping jugak. bila xmo beli,ajak TA keluar, tp TA kata tak boleh keluar lagi.kena stay lagi 15minit.so dlm masa 15minit tu,diorg keep pushing us to buy.aiyoo..siap turunkan harga lagi.dah kata xmo beli pun suruh beli.last2 kitorg ramai2 lari nyuruk dlm toilet.haha.ingtkan pas 15minit keluar toilet,diorg xpujuk.skali kena pujuk gak.xtau nk lari mana dah..nasib baik pujukan xberjaya.kikiki

sesi megopak oyster..


Wangfujing Street
ni la jadiknya kalo dah tak ketahuan nk buat apa.hahahah

Ok,destinasi terakhir sblm dinner,Wangfujing Street.tempat shopping2 org kaya..TA turunkan kami,suruh ikut rombongan depan tu jalan.bagi masa stgh jam utk kitorg round2.kitorg yg ala2 blur xtau nk pi mana, jalan jelah ikut flow org.mmg kedai2 mahal kat sini.brnded stuff semuanya.so cucui mata jelah.oh,aku ada shopping barang.beli losyen kat guardian..hahaha.aku assume,kedai2 elit mcm ni,for sure staff nya pandai speaking..nan hadoo.masuk guardian,nk tanya staffnya kat mana kaunter byran, haram dia xpaham.terpaksa aku pusing2 kedai yg kecik tu nk cari kaunter byrn.huhu

lepas dh pusing2,naik van nk gi makan.baru nmpk food stall byk2 tepi jln.baru terfikir yang kat sini juga la food street  yg famous tu.tp disebabkan kitorg ala2 blur xtau nk gi mana,kitorg miss nk jln2 situ.agak geram dgn TA tu jugakla sbb xkabo kat kitorg.tp nk wat mne.xkan nk suruh dia patah balik.

So, lepas dinner,balik hotel.tido.hehe

2 komen-komenan:

miloais milo said...

berzaman tunggu cerita uols ni...
hiks

nokkk... awat hang tak sound kat TA hang tu
dia lepas tangan aje suruh uols ikut group lain...

muhammad holil said...

lucu ya pandanya Visit me back

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...