Sunday, November 20, 2011

jalan jalan tengok teater

Kali kedua layan teater selepas Lat the kampung Boy. thanks to encik Azmi sebab sudi belanja i tgk teater.eceh! Memula risau gak before nak tgk.coz ini jenis teater berat. haruslah ala-ala rasa nak tido,kan. (my sis cakap bosan sikit coz banyak ckp,plus dia tgk waktu malam. so 2-3x gak terlelap)..nasib baik aku tgk show jam 3 petang.

Teater Badai Semalam: diangkat daripada naskhah tulisan Khadijah Hashim. Rasanya ramai yang dah pernah baca novel ni. aku??err..jujurnya tak pernah. tu yg gigih beli novel tu lepas hbs teater ni.

ok. secara ringkas. watak-watak utama dalam cerita ini:

Mazni (Erra Fazira): seorang gadis yang terpaksa korbankan zaman persekolahannya utk bekerja disebabkan tidak mahu terima bantuan dari orang lain (dalam kes ini: bekas tuan rumah tempat ibunya bekerja sebagai pembantu tuan rumah bagi dia dan ibunya bilik untuk tinggal walaupun ibunya x lagi bekerja disitu); kena pergi sekolah.jaga mak sakit.

Karim (Aaron Aziz): anak bekas majikan ibu Mazni. playboy. xde arah tujuan hidup, selalu berpoya-poya walaupun ada pendidikan yang baik. berubah lepas eksiden dan jatuh cinta dengan Mazni yang sanggup jaga dia sepanjang dia sakit. mula berubah kembali lepas kahwin dengan Mazni dan Mazni terlalu tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Zaki (Fizz Fairuz): dia ni minat dgn Mazni. awal2 aku ingt dia ni bf Mazni. rupa2nya dia xpernah luahkan perasaan pada Mazni. bakal doktor. selalu bagi semangat pada Mazni utk belajar. frust masa mazni kahwin dgn Karim. but still menanti Mazni sampai ke akhirnya..

Mak Bibah (Ziela Jalil): mak Mazni. bekas org gaji yg bercita2 tinggi nak tgk anak dia masuk U. lakonan ziela jalil sgt berkesan.menangis aku tgk dia.huhuhuhu

Puan Rohana (Umie Aida): Mak Karim. senang percaya cakap orang. nak2 kawan dia Puan Mahani (Emelda Rosmila).

Sinopsis penuh cerita: (credit: istana budaya. aku copy paste je.hehehehe)

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
SINOPSIS BADAI SEMALAM (credit: Istana Budaya)


Komen aku tentang teater ini:

1. kalau tengok jalan cerita, memang tipikal drama swasta. org kaya hina org miskin. fitnah memfitnah. dengki mendengki. kak nam jaja cerita tak betul. anak org miskin tak boleh berjaya. etc. tapi cara penceritaannya atas pentas, boleh la layan. (sebab aku tak tertido,kira berjaya la tu,kan..hehe)

2. disebabkan novel ini diterbitkan sekitar tahun 19760-70-an (kalau xsilap aku la)..so pakaiannya mmg ala2 zaman pop yeh yeh/disco la..dgn rambut tebuan cukup..dan mungkin sebab pada zaman itu, org pandang rendah pada org miskin (ini pendapat aku jelah, almaklumlah, aku blom lahir lagi time tu.hehe), that's why,ada part yang aku rasa tak logik kalau diambilkira jika berlaku pada zaman sekarang. so,xboleh nak komen bykla.

3. watak Puan Mahani (Emelda Rosmila) memang superb.gelak guling2 aku tgk dia. mmg gaya kak nam joyah sungguh. hehehehe. gandingan dia dgn Mak Ton (pembantu rumah Pn Rohana) mmg lawak. ni dialog best antara mak ton dgn puan mahani.(ni bkn ayat sebijik2 ye.dh diolah sbb aku dh xbrp nk ingt..hehe)

"eh,kau kan duduk serumah. takkan tak tau pasal hubungan sulit diorang??" (mahani)
"haaa...kan dah tau tu..dah tak sulit la namanya kan???" (mak ton)

4. ayat yang aku paling ingat:
"takpe kalau memperbodohkan diri untuk menjadi pandai..jangan memperbodohkan diri untuk jadi lebih bodoh..yg tu mmg bodoh namanya.." (Mazni)

5. lagu-lagu dalam cerita ni best. tapi silap lak aku xbeli cd kompilasi lagunya.

6. Walaupun ramai yang kesian dengan Mazni, aku lagi kesian dengan Zaki sebenarnya. penat dia tunggu Mazni sampai ke sudah.last2 Mazni blah je tinggalkan dia gi KL sambung belajar. huhuhuhu.



Ok.jom layan gambar. kali ni xde sesi bergambar dgn retis ye. sebab tgk tayangan petang.huhuhu.tu yg bergambar dgn patung kadbod sahaja.


jasmin hamid: gedik gila. nak2 time dia goda Aaron Aziz. tak sesuei ditonton oleh kekanak skolah.muahahaha. emelda (pn. mahani): sangatlah kak nam...hahahaha


dengan 3 pelakon utama: karim, mazni dengan zaki.

ni satu2nya gmbr yg clear aku snap aritu.nasib baik ada jugak.huhuhuhu.
emelda, fizz fairuz, pengarah, aaron aziz, erra, umie aida.

poster-posteran..

p/s: tu dia..amik masa tul nk karang cerita..ni pun xcomplete sangat.agak2 aku ada idea lain.aku tambah kemudian ek!

5 komen-komenan:

puteri serikandi said...

errr...nape aku terlepas pandang ek entri ko psl teater nie...sib bek ko kabor kt fiza tadik...huhu

''takpe kalau memperbodohkan diri untuk menjadi pandai..jangan memperbodohkan diri untuk jadi lebih bodoh..yg tu mmg bodoh namanya.." (Mazni)~aku suke gak dialog nie mendalam maknanya 2...huhu

sue-ana said...

sebab aku post entry 2 hari berturut2 kot.kan selalu berzaman baru aku update blog.hahahahha

cHoMeL'z said...

Jeles ok x x dpt tgk..huhuhuhu... nnt ada cite best lagik kite tgk sesama nak?? aku pilih teringin nk tgk Cuci the musical...

sue-ana said...

ok gak tu.sbb aku pun xpenah lg tgk cuci the musical. kita tgk skali upin dan ipin nak?hehehehe

cHoMeL'z said...

upin ipin???menarik2... dlm awal thn depan kan??? aritu aku baca diorg ngah carik pelakon..teringin nak join, umur plak dh lebey...muahahahaha....

Nnt dh kuar iklan, kamu kaborkan pada teman yer.. teman nih mudah luper...byk makan semut gamaknyer...hehehehe

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...