Monday, July 18, 2011

KOREA day 4 (19 Mei)

Day 4. Dh start hujan. Nasib baiklah tak hujan masa gi Everland aritu. Kalo x,haruslah xleh nk jenjalan sakan.huk3.


This is our first pitstop. Han River Park. Kitorg pergi pagi2 sangat kot. sbb mmg xde org.hehehehe. hujan lak tu On my left is, bangunan blm siap. Bentuk mcm stadium. Tp kitorg xsure bangunan apakah itu. Bangunan tu dibina atas air tau. Bangunan ni yg catch our eyes whenever kitorg lalu kat sungai ni.


Sebelah kanan pulak, ni pentas atas air. Kat sini selalu ada persembahan/event. Menurut TA, time air surut, kita boleh ke seberang sana, sbb ada jalan (kalau tgk betul2 korang mesti boleh nmpk. Masa ni cuaca sgt sejuk. Maybe dlm 15-16 darjah. Gigih tak pakai sweater tu.haha


**nota tambahan: aku baru jumpa link ni. dh siap rupanya bangunan tu.hehehe

http://www.infovacations.com/1572/seoul-new-largest-floating-island-in-the-world-south-korea/

sama tak??ke aku salah gmbr??hahahaha


Lepas dah bergmbr barang skeping dua di sini, perjalanan diteruskan ke next station: which is Samsung d’light. Apekah Samsung d’light ini??jom kita terjah.



kat sini korang boleh tgk gajet2 terbaru keluaran Samsung. daripada PC ke handfon. mula2 kitorg dibawa tour untuk diperkenalkan dgn gajet2 yg ada serta teknologi yang digunakan. lepas hbs tour, depa suruh kita gi tgk2 kat kedai2 gajet lak. apo laie, meneraila semua gajet2 yg ada. handphone la, kamera la, 3D lcd skrin tv la...pehh..tp gajet2 ni bknnya boleh dibeli pun.sbb formatnya khas utk org2 korea je. kalau nk beli,takat headfon, earfon,cover hp, boleh la


muka org menyengih tgh dgr lagu kat Galaxys II..hahaha. (masa ni baru launch kat Korea. blm masuk Mesia lg rasanya.)ok. aku xbeli apa2 ek kat sini. fulus xberapa nk ada.haha

Next station: CoEx mall. TA cakap,kitorg akan lunch disini. Sesambil tu,jalan2 window shopping. Kat sini ada gak aquarium, muzium kimchi, etc. tapi kitorg xmasuk semua tmpt2 tu. Tapi lps pusing2 dalam mall tersebut, xde tempat yg sesuai utk lunch. So, TA decide untuk cari kedai lain di luar mall tersebut.


So,kitorg beramai2 menapak la kat luar kawasan untuk mencari kedai vegetarian or seafood. Dan akhirnya kita jumpa kedai ni. (sorry,lupa nk snap gmbr depan kedai ni. Lapo punya pasal.haha)



Memula ingatkan kitorg akan mkn belut. Dapat makan belut panggang pun masyukk gak. Tapi lepas tgk makanan yg dihidang, rupa2nya kitorg makan meuntang a.k.a “asam pedas korea”..macam ni rupa bentuknya.



Makanan ni macam asam pedas, tapi rasanya mmg berbeza dgn kita punya asam pedas. Tapi mmg layan la mkn lauk ni. Side dishnya pun sgt sedap. Siap TA tlg tambahkan side dish kitorg byk x. hehehe

Next station: Korean Folk Village. Banyak ahjumma2 dgn ahjussi2 pun sedang buat rombongan ke sini. Sangat berbeza permandangan dengan di Everland, sebab di Everland, byk bebudak skolah yg pkai uniform. Apa yg menarik di folk village ni ye??mari kita tgk.


Kat sini boleh tgk rumah2 lama Korea, tgk aktiviti2 penduduk korea dulu kala, juga persembahan kebudayaan.


Kitorg bernasib baik sbb kitorg dtg time ada persembahan di sana. Sempat tgk kesemua 3 persembahan: 1. Korean folk dance, 2. “acrobatic” dan 3. Korean traditional wedding.


to know more about this dance, please refer: http://en.wikipedia.org/wiki/Nongak

pakcik ni terel woo..boleh buat mcm2 gaya atas tali tu.tp dia byk gak membebel dlm bahasa korea semua org pakat gelak,tp kitorg nganga je sbb xpaham.haha

more info about this, please visit: http://en.wikipedia.org/wiki/Marriage_in_South_Korea


Yang plg best, masa persembahan acrobatic tu,kitorg bkn lyn sgt pakcik tu wat acrobatic..mata lebih tertumpu pada adegan “drama swasta” kat situ. Hahaha.best woo..bluweek



cuba korang teka apakah drama swasta tersebut??hahahaha

oklah,enaough of that. Habis pusing2 kawasan, kitorg dibawa untuk dinner. Ke mana pulak ye arini??eheh. ok,arini kita mkn daging tiruan lagi di loving hut..yeehaa..best2!xpayah boh gmbr la kot ek.sbb sama je mcm gmbr kat day 1 tu. Tp 2nd time mkn disitu,kitorg dh boleh adapt dgn mknan tersebut. So,lebih bykla mkanan yg hbs.hehehe


Lps makan balik guesthouse la. malam tu mcm biasa round2 Myeongdong market lagi sampai lebam. hahahaha. habis dh cerita utk hari ke 4 ni. to be continued hari ke 5 pulak.

0 komen-komenan:

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...