Thursday, June 09, 2011

Spring Waltz la sangat...KOREA (16 Mei)

Ampun dan maaf dipinta. Dah terlewat update entry. huk3. Mari layan gambar-gambaran. almaklumlah, aku ni bukan reti sangat nk wat travelog pun sebenarnya.


Hari pertama: berjumpa dengan travel guide, Mr Jeong dan Mr Min, the driver di hadapan guest house.terus menuju ke Nami Island. Jauh gak perjalanan. Sempat gak tido sementara nk sampai ahahaha. Why Nami island??Winter Sonata of coz (jgn cakap korg xpenah layan Winter Sonata ye.ahaha).



ni adalah view wajib snap kalau sampai di Nami island.

hahaha..

eh,aku tak berharap nk dapat first kiss kat sini tau. First kiss dgn snow man???errr…


santeknya subhanallah..kalau tgk live lagi best..


sarang haeyo..awww…(sampai sini je, style2 posing dlm gmbr semuanya dh ala-ala korean.wakakaka)




Gambaran meja selepas kami melantak tak hengat time lunch sebab dh penat dan kelaparan. Lunch kami: nasi dlm pot,ikan sekor (xpasti ikan apa), bean paste stew (yg ni sedap gile) dan banyak side dish yg boleh ditambah2 kalau dh habis..oh lupa..serta air kosong yg sejuk.. pehh..semput nk perabih woo..harga satu set..hmm..lupa nk tnya TA.



Bila dh kenyang, semua org pakat tido dalam van termasuk TA kitorg. hahaha. nasib baik driver tak tido skali. kalo tak, confirm kitorg ke laut beramai-ramai.


Next station: Namsan Tower. Sepatutnya kitorg akan ke Namsan Tower ni pada hari ke3 or ke4, tapi TA suggest utk ke sini dulu sebab cuaca sangat baik untuk lihat view Seoul. nasib baik tukar plan, sbb hari ke4 tu hujan.




Namsan tower juga dikenali sebagai Seoul Tower. Idakle tinggi mana pun tower ni. Rasanya KL tower lg tinggi kot. Tp nk smpai ke tower itu, perlu menapak agak tinggi juga. Actually ada 3 cara nk naik. Menapak sambil melihat keindahan hutan, atau naik bas yg disediakan, ataupun naik cable car. Naik cable car kena byr. So kitorg decide nak menapak. Tapi nasib baikla kitorg amik travel agent, so driver sedia hantar smpai halfway. Pastu baru menapak panjat bukit lebih kurang 15min. semput. Tapi aku kagum sbb ada juga aweks2 korea yg menapak naik bukit itu pakai hi heel 3 inci.salute..salute..


Seoul from Namsan Tower. Macam susunan kotak2 je kan..



the famous padlock tree

Ahaa..korang mesti kenal ni kan..the famous padlock. Alaa..tempat kapel2 pasang padlock love2 bersama pasangan sambil tulis apa2 yg patut atas padlock itu dengan harapan hubungan mereka berkekalan. Aku teringin nk letak juga. Tp tak dtg dgn pasangan (eh,aku ada psgn ke?ahahaha).kalau korang tgk Awan Dania 3, kat sini la benjy dgn dania pasang padlock love derang. Heee..


@teddy bear museum

Besar kan teddy bear ni.hehe. ni kat teddy bear museum, Namsan tower. Kecik je tmptnya, tp penuh dgn teddy bear yg menunjukkan cara hidup orang korea zaman dahulu dan kini. Bagi org2 yg xsedar-diri-dah-tak-berapa-muda-tapi-masih-suka-teddybear macam aku ni, mmg seronok la masuk tmpt ni. Tp tak free ye kawan2. Kena byr. lupa lak fee nya brp. kalau xsilap 5000 won.


Ni kitorg nyer dinner. Jgn terkujat tgk daging dlm gmbr ni. Tu daging tiruan untuk vegetarian. Tp rasa sebijik mcm daging. Hehe.nama kedai ni Loving Hut. Sangat selesa tau dok dlm kedai ni. Best! Satu set makanan tu,kalau xsilap aku harganya dalam 6000 won (kot..aku lupa la harga2 ni.ngeh3).


Lepas makan, dah penat..balik tido la apo laie..aktiviti malam, either layan rancangan tv korea or jalan2 cari pasal di Myeongdong. Actually Myeongdong ni macam2 ada..pasar malam, kedai2 baju jenama. dan yang plg byk, kedai kosmetik. Asal lalu je depan kedai diorg,diorg dok panggil2. tp segan nak masuk walaupun org cakap,kalau korang just window shopping je dlm kedai diorg ,still akan dapat free gift. tp gua segan woo..


mari bersambung ke day 2 pulak ye........(jenuh la aku nk buat 8 entry pasal korea ni..haih.)




2 komen-komenan:

jelly merah said...

waaaaa...sonotnya nana pg korea....ade beli fridge magnet utk pengantin baru tak

sue-ana said...

hahahaha...ada lg FM. harap2 adik badik xngelat perabih amik sume la. lupa lak nk asingkan siap2 aritu. pengantin baru nk FM je ke?ngeh3. tp nana kena blk KL dulu. sb semuanya dh tinggalkan kat KL.

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...