Wednesday, May 11, 2011

Book Review Part 1- Dalam Mihrab Cinta by Habiburrahman El-Sherazy


Seperti yg dijanjikan...ini buku pertama yang saya selesai baca.pemberitahuan: saya bukan seorg reviewer. saya sgt tak pandai mereview buku hatta filem sekalipun. oleh yang demikian, segala kekurangan atau ketidakcukupan maklumat, harap dimaafkan. Cewah!


4 Watak Utama:

Syamsul Hadi (SH) - Watak utama. seorg pemuda yang bercita2 utk belajar di Pesantren (belajar ilmu agama). berambut gondrong (rambut panjang ek??). membantu Zizi semasa Zizi dirompak dalam keretapi. akhirnya belajar di Pesantren milik arwah ayah Zizi. seorg yang rajin tetapi akhirnya dihalau drpd Pesantren akibat difitnah mencuri oleh Burhan yg cemburu dengan keakraban SH dan Zizi. dihalau juga dari rumah oleh bapanya disebabkan malu dgn kes kecurian tersebut. akhirnya betul2 menjadi pencuri disebabkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Berjumpa dengan Sylvie (girlfren Burhan) semasa mencuri dompet gadis itu. akhirnya rapat dgn gadis tu setelah bersama2 menjadi tenaga pengajar kepada seorg budak (lupa namanya). hampir mengahwini Sylvie, sebelum terjadinya satu tragedi. yang menarik: dia menjadi seorg ustaz dan pencuri dalam masa yang sama.


Zizi - aku lupa nama penuh dia. sbb sgt unik. anak gadis ketua pesantren. pulang ke kampung halaman di Kediri untuk menghadiri pengkebumian ayahandanya. berjumpa dengan SH dalam keretapi selepas SH menggadai nyawa menyelamatkan beg tangannya. Sangat hormat pada SH dan dalam diam2 menyukai pemuda tersebut. mempercayai lelaki itu seorg yg baik walaupun semua orang dah tak percaya padanya.


Burhan - Senior di pesantren tempat SH belajar. hensem boy. minat pada Zizi. seorang playboy (hampir bertunang dgn dua org gadis). cemburu dengan SH kerana Zizi lebih menumpukan perhatian pada SH berbanding dirinya. memfitnah SH mencuri di pesantren supaya SH dihalau keluar dan tidak lagi berdekatan dengan Zizi. bercinta dengan Sylvie, dan dalam masa yang sama, "mengurat" wanita-wanita lain. Akhirnya tembelang pecah yang dialah sebenarnya pencuri di pesantren, bukan SH. dia juga dihalau. juga putus dengan Sylvie kerana SH memecahkan rahsia di pesantren pada ayah Sylvie. Akhirnya merengkok dalam penjara kerana mabuk dan memukul peniaga tepi jalan.


Sylvie - masih belajar dan pada masa yang sama menjadi tutor pada kanak2. meminati SH kerana terpesona dengan cara SH bercerita pada kanak2 dan mengaji (masa ni dia tidak tahu yg SH lah yg mencuri dompetnya). girlfren Burhan. putus hubungan dengan Burhan setelah mengetahui sikap sebenar Burhan. hampir bernikah dgn SH tapi meninggal sebab eksiden (kesian dia).


Camne mau review ek??semuanya dah aku masukkan dalam watak2 di atas. Cuma yang aku boleh simpulkan disini, walau macam mana baik pun seseorang itu, kalau dia dah lapar tahap kebuluran, sedikit sebanyak nafsu dalam diri akan mendorongnya membuat kejahatan. hanya untuk mengisi perut yang kosong. dan, kalau kita memandang rendah, tidak mempercayai atau menuduh seseorang tu melakukan kesalahan yang dibuatnya, lama kelamaan mungkin dia akan jadi sepertimana yang kita anggapkan.


Aku tak pasti ni novel adaptasi filem atau filem adaptasi novel. Sebab pada cover novel ni ada gambar pelakon-pelakon sinetron yang aku kenal (Dude Harlino & Asmirandah). overall, agak menarik. Aku habiskan baca dalam masa sehari je. gila pantas. almaklumlah, nipis sahaja bukunya. Habiburrahman Al-Sherazy memang sangat dikenali dengan novel-novel bersifat keagamaan. tapi percaya atau tidak, ini kali pertama aku baca novelnya (walaupun ayat-ayat cinta sangat popular, aku hanya dengar lagu sahaja. tidak pernah membaca novel hatta menonton filemnya). So, aku galakkan korang baca novel ini. kalau agak2 xpaham bahasa Indonesia (sebab ada juga perkataan yang kita tak fahami), boleh beli yg versi terjemahan. Aku saspek versi yang aku beli ni versi terjemahan. Aku nak rate pun xpandai. hmm...aku bagi rate 3/5 la. sebab ada gak part-part yang aku skip baca.ahaks!


Nota kaki: Aku sedang baca buku kedua. tunggulah review nya ya!!

Nota kaki no 2: Hari tu gi kedai buku bookxcess. dapat lagi dua buku cerita. nanti aku update ek.


2 komen-komenan:

iman.nurina said...

Assalammualaikum Cek Sue Ana...:P

Sebagai peminat hasil nukilan Habiburrahman, novel ini tergolong dlm novel yg amat menarik...not so tough, simple but interesting...

Act, kebyakan novel Habiburrahman telah i baca...bermula dengan Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, Di Atas Sejadah Cinta & Bumi Cinta...ternyata beliau adalah ikon novelis Islamik yg dapat membangunkan jiwa para pembaca.

okeh je review u neh, Cek Su...keep it up!:P

Zizi comes from ZIDNA ILMA...suke sgt dgn nama ini...:)

sue-ana said...

macih,kak ina kerana membaca.hehe. ahaaa..Zidna Ilma. betul2. xhengat namanya. kikiki.

:: pengikut2 setia ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...